Akhirnya Sajat Mengaku Transgender

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender.

Pengakuan berani dan tulus itu dibuat Sajat ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia yang ditemu ramah pelawak Harith Iskander serta disiar secara langsung di Facebook dan YouTube selebriti itu, malam tadi.

Dalam temuramahnya, Sajat yang beberapa kali memberitahu dia adalah transgender berkata keputusan tinggalkan Malaysia dibuat kerana mendakwa keselamatannya terancam, selain mengalami kemurungan teruk.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Hinggakan saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat serta jalani terapi mental.

“Saya buat keputusan larikan diri dari Malaysia sebab tak mahu ia berterusan walaupun perlu tinggal anak, keluarga, kawan-kawan dan perniagaan,” katanya turut mengakui tak pernah berpisah terlalu lama dengan anak.

Sajat yang memaklumkan dia kini berada di Australia sejak 18 Oktober lalu, masih menjalani kuarantin diri. Bagaimanapun, dia nekad mahu memulakan kehidupan baharu di negara itu.

“Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai serta diberi juga ruang menghadiri kelas untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris.

“Saya didedahkan juga dengan selok-belok berniaga termasuk belajar urusan import dan eksport. Begitu juga dibantu dari aspek kediaman dan elaun hidup.


“Lebih utama, apa yang terjadi selama ini membuka mata saya mengenai soal hak asasi. Sebagai manusia kita kena tahu hal itu (hak asasi) dan sekarang, saya hendak ‘move on’ untuk bina hidup baharu di sini sebagai‘transwoman’,” katanya.

Mahu membiarkan apa yang sudah berlaku itu terus berlalu, Sajat berkata dia juga belajar daripada kesilapan. Katanya, dia kini ada visi untuk diterokai dan membina perniagan baharu di negara ‘penghijrahan’ itu.

Terdahulu, sebaik berjaya bolos melarikan diri dari negara ini, Sajat yang dilaporkan bersembunyi selama berbulan-bulan dalam pemburuan, akhirnya dapat dikesan di Bangkok, Thailand.

Dia ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaannya yang menjadi buruan apabila lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok serta memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...