Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Peraturan Baharu Cermin Gelap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap untuk bahagian cermin sisi kiri...

2 Budak Maut Jentera...

BESUT - Dua kanak-kanak perempuan berumur 7 dan 10 tahun lemas apabila traktor...

Isu Banglo: Lim Guan...

SUSULAN skandal pembelian banglo 'murah', Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

Dakwaan 10 Lagi MP...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang...

Aktor Hamilkan Wanita, Mohon Tampil Mengaku!

BAGAIKAN pisang goreng panas, pendedahan demi pendedahan sedang rancak terbongkar nampaknya ke atas seorang aktor tempatan!

Ia berkaitan sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu yang didakwa telah berjaya menghamilkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an sehingga melahirkan seorang zuriat yang comel.

Hasil tinjauan beberapa sumber, Mynewshub difahamkan kejadian bermula apabila individu berkenaan dikatakan menghilangkan diri selepas menyedari wanita itu mengandung tiga bulan.

Bagaimanapun, identiti individu berkenaan yang juga merupakan aktor seni hiburan tanah masih lagi rahsia dan menjadi tanda tanya kepada netizen yang mengikuti perkembangan kes ini.

Antara persoalan yang bermain di ruang fikiran netizen siapakah ‘dajal’ bertopeng manusia di sebalik perbuatan hina terbabit tergamak membuntingkan anak dara orang.

Sebelum ini, wanita berkenaan mendakwa mereka melakukan perbuatan zina terancang tersebut itu di salah sebuah daerah peranginan yang terletak di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson.

Menurutnya lagi, ketika kejadian berlaku mangsa mengakui sedang ovulasi atau dalam keadaan subur menyebabkan dia mudah mengalami kehamilan apabila menerima sperma akibat persetubuhan.

Wanita itu turut mendakwa mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar empat tahun lepas dan kembali bertemu menerusi aplikasi atas talian Bigo.

“Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

“Kami bertemu semula melalui Bigo. Dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson. Ketika itu saya dalam keadaan subur,” katanya dipetik mStar Online.

Gambar sekadar hiasan.

Kisah pilu yang menjadi tular menrusi laman sosial tempatan sejak Rabu lepas ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Rata-rata antara mereka bertindak mendesak artis berkenaan untuk tampil membersihkan namanya jika dakwaan serta berita yang ‘panas’ itu tidak benar.


Malah terdapat juga segelintir ahli masyarakat menuding jari ke arah figura tersebut dengan meminta individu berkenaan mengakui perbuatannya itu.

Dia sewajarnya bertanggungjawab terhadap anak yang tidak berdosa hasil benih daripada hubungan dengan wanita berkenaan.

“Pelakon ini ingat dia sudah glamor tak perlu bertanggungjawab la… Ingatlah wahai gadis-gadis, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki.

“Secantik dan setinggi mana pun taraf pendidikan anda, kalau dah rosak memang orang pandang anda seperti tiada nilai,” tulis salah seorang netizen memetik sebuah portal hiburan.

Walaupun ramai yang mengutuk, namun masih ada segelintir manusia yang berhati mulia memberikan kata-kata semangat.

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu mereka juga meminta orang ramai agar berhenti daripada terus menerus menghukum pasangan tersebut atas kesilapan yang dilakukan.

“Semoga anak mereka membesar dengan baik dan sempurna, cukup didikan agama dan jadi anak yang soleh/solehah agar dapat membela ibu bapanya di dunia dan di akhirat.

“Usah dipertikaikan dosa ibu bapanya. Itu antara mereka dengan Allah. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan.

“Sekuat mana iman seseorang, lalai sedikit akan terjerumus juga,” tulis seorang hamba Allah.

Sehubungan itu, wanita yang tidak mahu didedahkan nama tersebut merayu agar aktor berkenaan tampil menghubunginya dengan segera bagi menyelesaikan perkara ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori