Aktres Rusia ‘Tanggalkan’ Bibir Untuk Makan

ADAKAH anda perlu menanggalkan bibir anda setiap kali hendak makan? Ia adalah soalan pelik yang ditanya oleh bintang glamor Rusia, Evelina Bledans dalam Instagramnya.

Aktres komedi dan penyampai TV itu mengejutkan peminatnya apabila dia menunjukkan bibirnya yang mengandungi implan silikon dikeluarkan untuk membolehkan dia makan.

Evelina dilaporkan terpaksa memakai bibir implan itu untuk salah satu daripada lakonannya.

Dia memuat naik video berkenaan di dalam Instagram yang menunjukkan pembantunya menarik keluar implan itu yang melekat di bibir aktress berusia 47 tahun itu.

Video berkenaan ternyata mendapat perhatian dengan lebih 125,000 tontonan direkodkan.

Ada sesetengah netizen yang meluahkan rasa jijik manakala ada pula yang menyatakan kini mereka tahu bagaimana penampilannya boleh berubah.

Evelina merupakan artis popular yang sentiasa mencipta kontroversi. Awal tahun ini dia dilaporkan bercium dengan penyanyi wanita Lolita ketika penyanyi berkenaan mengadakan persembahan di Moscow. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...