Aktres Sridevi Meninggal Dunia Di Dubai

NEW DELHI – Aktres tersohor India, Sridevi, yang dikagumi oleh berjuta pencinta wayang, meninggal dunia semasa lawatannya ke Dubai.

Pelakon berusia 54 tahun itu, yang mempamerkan banyak persembahan yang sangat mengesankan sepanjang kerjayanya sejak beberapa dekad, dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada Sabtu malam.

Dunia Bollywood nyata terkejut dan bersedih dengan berita kematian aktres legenda itu.

“Saya tidak mampu berkata-kata. Takziah kepada semua yang menyayangi Sridevi,” kata bintang filem Priyanka Chopra.

“Beliau adalah seorang ikon. Terlalu awal Sridevi. Terlalu awal…” menurut catatan pada laman tweeter pelakon Jacqueline Fernandez.

Mendirikan rumahtangga dengan penerbit filem Boney Kaapor, Sridevi telah ke Dubai bersama anggota keluarganya bagi menghadiri jemputan perkahwinan saudara mereka.

Antara filem hitnya ialah ‘Mr. India’ pada 1987, ‘Chandni’ pada 1989 dan terbaru ‘English Vinglish’, yang membawa kemunculan semula aktres tersebut setelah 15 tahun berehat selepas perkahwinannya.

Sebelum menyertai dunia perfileman Hindi, mendiang merupakan seorang bintang di selatan India dan membuat kemunculan pertamanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam sebuah filem Tamil pada 1969. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...