Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Medan Selera Suria KLCC...

KUALA LUMPUR - Medan selera Rasa Food Arena di pusat beli-belah Suria Kuala...

Tun M Hadir Parlimen...

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota-anggota Parlimen pembangkang menjemput Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Ejen Ali The Movie...

KUALA LUMPUR - Filem animasi Ejen Ali The Movie terus menggegarkan pawagam apabila...

Usul Undi Tak Percaya...

MARANG - PAS menyelar tindakan Pakatan Harapan (PH) yang tetap berkeras untuk membawa usul...

Al-Fatihah, Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

SENIMAN legenda, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Napiah.

Baca: Perginya Seniman Legenda Sezaman P.Ramlee

“Assalammualaikum dan salam sejahtera,

“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idzham Taman Melawati..

“Seniman akan memaklumkan maklumat lanjut dari masa ke semasa…Seniman mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Tan Sri..Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara.. Al-Fatihah,” tulis kenyataan itu.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit Alzheimer sejak enam tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC


Kategori