Al-Sultan Abdullah ‘Belanja’ Petugas Media Makan

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap petugas media apabila mencemar duli turun menyerahkan makanan di pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Baginda tiba jam 1.10 tengah hari dan menyerahkan makanan segera, McDonalds kepada petugas media yang ‘berkampung’ sejak pagi tadi bagi membuat liputan berhubung pergolakan politik.

Yang pasti, pemberian jamuan makanan itu melegakan petugas media yang rata-ratanya terpaksa menahan lapar sejak pagi.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda sangat prihatin terhadap petugas media yang membuat liputan.

“Saya berharap kita akan menemui penyelesaian terbaik untuk negara,” kata baginda.

Semalam, kira-kira 50 petugas media yang bertugas di dua pintu di Istana Negara dijamu makanan segera, ayam goreng KFC oleh pegawai Istana. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...