Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rashid Tiada Kuasa Tolak...

SHAH ALAM - PAS menegur tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd...

Malaysia Belum Putuskan Isu...

PUTRAJAYA - Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak berumur...

Pencarian QZ8501 Hari Ke-6:...

JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang tertumpu kepada pencarian bangkai pesawat dan...

Wanita Hampir Ditipu, ‘Bank’...

SEORANG wanita mendakwa hampir ditipu oleh 'kakitangan bank' palsu yang cuba memperdaya dengan mendapatkan...

Alhamdulillah, Vokalis Sakura Band Masuk Islam

ALLAH SWT berfirman “Wahai hamba-hambaku, kalian semua tersesat kecuali orang yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku nescaya, Aku akan berikan petunjuk kepada kalian.”

Berbicara soal hidayah, sesungguhnya ia adalah murni hak Allah. Hanya Dia satu-satunya yang berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendaki. Mendapat hidayah merupakan satu nikmat yang amat luar biasa.

Alhamdulillah… Nikmat itu nampaknya telah dirasakan oleh vokalis kumpulan Sakura Band, Mell apabila telah mengesahkan memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Hal tersebut telah dikongsi oleh Mell atau nama sebenar Melly Matius di laman Instagram menerusi satu posting yang memaparkan dia begitu ayu menggayakan hijab berwarna merah jambu.

Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell 🎂 Semoga Allah S.W.T merahmati kamu. #missyakiniku #yakiniku

A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on

“Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku,” kapsyennya menerusi gambar berkenaan.

Lapor mStar Online, Mell mengambil keputusan itu selepas mendapat sokongan baik daripada ibu tersayang, Nur Batrisyah.

Tambah vokalis ini lagi, ibunya merupakan insan yang menjadi pendorong kepada penghijrahan terbesar dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

“Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

“Bersempena hari lahir saya yang ke-29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya,” ujarnya.


Perkongsian yang mendapat lebih daripada 1,000 likes itu telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Rata-rata antara mereka meninggalkan komen positif dengan memuji tindakan yang diambil oleh Mell.

Dalam pada itu, Mell dikatakan enggan mengulas lebih mendalam mengenai penghijrahan itu kerana terdapat hati beberapa pihak yang perlu dijaga.

Tambahan pula, isu agama merupakan topik yang agak sensitif untuk dibahas secara terbuka di negara ini.

Sekali lagi, Alhamdulillah… Hijrah memang berat. Tapi istiqomah dalam hijrah itu yang lebih berat.

Semoga tetap istiqomah dan menjadi seorang Muslimah sejati, duhai saudariku. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori