Aliran Penumpang KLIA, KLIA2 Dijangka Meningkat Pada Disember

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan aliran pergerakan penumpang di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 meningkat masing-masing sebanyak 12 peratus dan 21 peratus pada bulan ini yang juga tempoh kemuncak perjalanan udara.

Malah, pengendali lapangan terbang itu mengunjurkan sebanyak 6.9 juta penumpang menggunakan KLIA bagi tempoh cuti sekolah serta musim perayaan Krismas.

Tempoh kemuncak di terminal utama KLIA itu yang dijangka berterusan sehingga 23 Dis, 2018, adalah berikutan langkah syarikat penerbangan menambah jadual penerbangan, kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MAHB, tempoh kemuncak perjalanan di klia akan berkekalan sehingga akhir bulan ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata sejajar dengan peningkatan aliran penumpang yang ketara, pihaknya akan mengambil langkah tambahan dengan menumpukan aspek keperluan dan kemudahan penumpang.

Ini termasuk kawasan sisi jalan, kaunter daftar masuk, ruang pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki pesawat, sistem pertukaran terminal, troli dan kemudahan serta ruang tuntutan bagasi, katanya.

“Semua aspek ini akan diawasi bagi memastikan tahap perkhidmatan di tahap optimum manakala kesesakan dapat diminimumkan,” katanya.

Sebanyak 194 penerbangan tambahan telah dijadualkan bagi memenuhi keperluan penumpang destinasi antarabangsa dan domestik sepanjang cuti panjang yang juga serentak dengan musim umrah. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...