Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ayah Kim Kardashian, Lelaki...

LOS ANGELES - Mantan juara Sukan Olimpik 1976, William Bruce Jenner dan bapa tiri...

Polis Sah Cubaan Rakyat...

MELAKA - Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk “berjihad” di Rakhine,...

9 Penagih Dadah Ditahan...

KEPALA BATAS - Polis menahan sembilan lelaki yang merupakan penagih dadah di lokasi...

Kerja-Kerja Pemeliharaan Takhta Rencana...

KUALA PILAH - Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan...

33 NGO Bantah Fitnah AMGGRC Konon Dapat Izin

MELAKA – Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka berhimpun aman membantah tindakan sebuah organisasi Kristian mengadakan sambutan besar-besaran Jubli Jerusalem di sini.

Kesemua NGO terbabit masing-masing membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh di sini mulai pukul 1 petang bagi memprotes himpunan pada 15 hingga 18 Jun itu yang tidak mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd. Nizam Omar yang mengetuai bantahan secara aman itu memberitahu, rakyat Melaka beragama Islam membantah himpunan sempena ulang tahun ke-50 penaklukan kota Jerusalem.

Ini kerana Malaysia tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan rasmi atau jalinan diplomatik antara kerajaan dengan rejim Israel apatah lagi gembira meraikan sambutan kaum Yahudi mengusir biadab penduduk Palestin.

Baca: Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee

Kerajaan Melaka Tolak Keras Jerusalem's Jubilee

“Kami mewakili seluruh rakyat Melaka yang beragama Islam mendesak pihak Polis Diraja Malaysia supaya segera menghalang perhimpunan tanpa permit daripada kerajaan negeri ini daripada diteruskan oleh pihak penganjurnya.


“Kami juga mahu fitnah yang sedang berlegar sekarang kononnya pihak kerajaan negeri telah membenarkan acara perhimpunan itu dihentikan kerana ia tidak langsung melibatkan apa-apa permohonan,” katanya kepada pemberita.

Penganjuran acara All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) itu turut dikecam hebat oleh pihak UMNO dan PAS Melaka di sebalik sokongan kuat beberapa pemimpin Pakatan Harapan khasnya daripada DAP.

Maklumat mengenai himpunan Jubli Jerusalem itu mulai ditularkan netizen menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu dan dirancang diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori