Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Bakar Diri Bantah Pencemaran...

WASHINGTON - Seorang peguam dan aktivis gay Amerika Syarikat (AS) maut selepas membakar...

Finalis Miss Teen USA...

Lima finalis untuk pertandingan Miss Teen USA telah menjadi bahan `troll' di media...

“Dulu Penakut, Sekarang Saya...

SEJAK semalam, video seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gayat ketika ingin melakukan...

Proses Geologi Berangkai Punca...

PUTRAJAYA: Banjir puing yang berlaku di 12 kampung di daerah Baling awal bulan...

Amira Othman Serah Soal Jodoh Pada Keluarga

SIFAT semula jadi manusia pasti ingin mencintai dan dicintai; semua orang mahukan kebahagiaan berumah tangga seperti orang lain.

Namun, ianya bukan semudah itu bagi penyanyi dan pelakon, Amira Othman untuk membuka hatinya kepada sebarangan lelaki.

Tak dinafikan, pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman, 24, mengakui bahawa dia sering dianggap sebagai seorang gadis yang senang didekati oleh kaum lelaki.

Selain itu, sejak penyanyi lagu Hati-Hati itu mula melibatkan diri dalam dunia lakonan, dia sering digandingkan dengan pelakon lelaki yang juga memegang status sebagai suami orang.

Amira tidak menolak kenyataan apabila ditanya mengenai sejauh mana gaya profesional yang dipegangnya tanpa sedikit pun timbul perasaan jatuh cinta kepada pasangan lakonannya.

Dalam masa yang sama, pelakon berasal dari Skudai, Johor itu juga berasa agak pelik kerana ada sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibilitinya hanya kerana dia masih baharu dalam bidang lakonan.

Amira dan Hafidz Roshdi digandingkan dalam drama bersiri Red Velvet
Amira bersama Hisyam Hamid di dalam drama Abang Bomba I Love You

Namun, sebagai seorang gadis Melayu dan selebriti, dia masih lagi dapat membezakan mana satu hal kerja dan urusan peribadi.

“Janganlah risau saya dipertemukan dengan pasangan pelakon dalam drama yang tak berlebihan-lebihan ‘cintanya’ sampai keluar set.

“Kedua-duanya memberikan komitmen yang professional dan saya percaya, selagi masing-masing berpegang pada prinsip yang sama, benda-benda lain tidak akan terjadi.

“Saya tak nafikan, keserasian itu ada ketika berlakon dan ia perlu ada. Tetapi tidak sampai terbawa-bawa sehingga bercinta di alam nyata,” katanya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Walaupun ada sesetengah pelakon lebih selesa namanya dikenali hanya kerana kontroversi yang terjadi semata-mata untuk melariskan lakonan, Amira sama sekali tidak pernah terfikir untuk meraih populariti dengan cara tidak berasas seperti demikian.

Sebagai gadis bertudung, Amira masih lagi mampu menjaga batas dirinya dan mahu namanya dikenali kerana variasi bakatnya iaitu menyanyi dan berlakon.

“Pokok pangkal kita sebagai artis kena pandai bawa diri. Saya tidak bermaksud berkata begini kerana merasakan diri sudah bagus, tetapi saya mahu mengelak perkara yang tidak diingini.


“Bayangkan, saya ni orangnya kuat cemburu. Kalau saya bercinta dengan pasangan pelakon dalam drama, apatah lagi suami orang, tak akanlah saya tak faham perasaan wanita?

“Mana-mana perempuan memang beremosi. Jadi saya selagi boleh mahu menjaga hati banyak pihak. Dah habis kerja, maka semuanya tamat,” tambahnya lagi.

Selain soal kerjaya, Amira juga kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.

Sebelum ini, bekas pemenang tempat ketiga dalam program Akademi Fantasia 2013 itu pernah menjalin cinta dengan bekas anggota kumpulan duo terkenal, Azhael iaitu Azhar tetapi semuanya berakhir diatas sebab yang tertentu.

“Itu pun kalau jumpa, kenal orang tu dan kalau boleh terus kahwin. Saya nak cuba buka hati untuk lelaki ketika saya sudah menjengah usia 25 tahun, usia yang matang.

“Kalaulah tak jumpa juga, solusinya mungkin saya akan cakap pada ibu dan ayah supaya biar mereka sahajalah yang carikan jodoh buat saya.

“Rasanya keluarga lebih tahu saya ni macam mana orangnya dan lelaki jenis apa yang sesuai jadi pasangan. Saya? Okey sahaja,” katanya sempat berseloroh.

Amira juga merupakan kakak kepada penyanyi baharu, iaitu Irfan Harris yang popular dengan lagu Redha.

Tak apa lah Amira, masih ada banyak lagi masa untuk fikir soal jodoh. Kadang-kadang jodoh ni bila kita tak cari, dia sendiri yang akan datang. Yang menjadi persoalannya, cepat atau lambat je. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori