Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Musa Aman,...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan...

Kerajaan Hormati Keputusan Sultan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Sultan Muhammad V meletak...

Siti Bainun Paksa Bella...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja...

JPN Sabah Fokus Kepada...

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah tahun ini akan memberi fokus...

Amitabh Langsai Hutang 1,398 Petani 40 Juta Rupee

PEMURAH… Pelakon legenda terkemuka Bollywood, Amitabh Bachchan, sanggup melangsaikan hutang para peladang tempatan bernilai lebih 40 juta rupee (kira-kira RM2.4 juta).

Aktor veteran itu menulis menerusi laman blognya bahawa beliau “sudah bantu” 1,398 peladang di Uttar Pradesh, sebuah negeri di utara India dan tempat beliau dilahirkan, dengan tampil bayar segala hutang lapuk mereka.

Pelakon Hindi berusia 76 tahun itu menambah, beliau berasa sangat “berpuas hati” selepas melunaskan hutang-hutang dipinjam dari Bank India oleh para peladang terbabit yang terpaksa hidup melarat dalam kemiskinan.

Beribu-ribu peladang di seluruh India terjebak dalam hutang dengan pihak bank akibat kos minyak yang terus meningkat, tanaman rosak teruk ekoran musim monsun dan kurangnya sokongan daripada agensi pemerintah.

Data pihak berkuasa menunjukkan sejumlah 11,772 peladang di India direkodkan telah bunuh diri pada tahun 2013 lalu, iaitu secara purata 44 kematian setiap hari, susulan tekanan kemurungan kronik untuk bayar hutang bank.

Bachchan, yang juga terkenal dengan gelaran ‘Big B’, turut berkongsi kisah beliau menempah satu gerabak kereta api untuk bawa 70 peladang terbabit untuk berjumpa dengan dirinya di sebuah lokasi dirahsiakan di bandar Mumbai.


Malahan media tempatan melaporkan beliau bakal menyerahkan sendiri dokumen-dokumen bank kepada mereka. Kumpulan peladang bertuah itu dijangka tiba di kota raya hub perfileman terbesar India itu pada 26 November.

Ini bukan kali pertama kerana pada 2004, aktor itu langsai hutang 40 petani di Andhra Pradesh sebanyak 11 lakh rupee (RM65,000) dan pada 2012 pula, bayar 30 lakh rupee (RM178,000) melibatkan 100 petani di Maharashtra.

Bachchan sudah membintangi lebih 190 judul filem dan pernah menjadi hos rancangan kuiz ‘Who Wants to Be a Millionaire India’, iaitu salah satu program televisyen paling tinggi ditonton di India. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori