Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anwar, Saifuddin Berkuasa Ubah...

KUALA LUMPUR - Hanya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Setiausaha Agung,...

Audio: Panggilan Suara Dari...

PENDAKWAH terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sememangnya seorang...

Wanita Guna Pad Berdarah,...

SEORANG wanita di China sanggup menggunakan tuala wanita yang berdarah sebagai 'senjata' untuk...

Wanita Jadi Hamba, Terlalu...

MEXICO - Seorang wanita yang menjadi hamba zaman moden kepada sebuah keluarga sejak...

Amri Yahyah Bukan ‘Kuda Tua’ – Melaka United

MELAKA – Melaka United tidak melihat Mohd Amri Yahyah sebagai ‘kuda tua’ sebaliknya ibarat ‘kuda gagah berani’ kerana mampu mengekalkan prestasi mantap disebalik usianya semakin meningkat.

Pengurus pasukan itu Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata di sebalik usia 35 tahun, kapten Harimau Malaysia itu mempunyai prestasi yang lebih baik daripada ramai pemain muda lain dan akan memberi sengat kepada jentera serangan pasukan itu untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.

“Selain itu kehadiran Amri juga akan memanafaatkan usaha Melaka United membangunkan pemain muda, yang mana pemain muda kami akan dapat menimba ilmu daripada pengalaman luas beliau.

“Melaka United mengalu-alukan kedatangan beliau kerana kami baru naik ke Liga Super oleh itu kedatangan beliau akan banyak membantu Melaka United,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan Melaka United bakal menjadi destinasi untuk ‘kuda tua’, yang merujuk kepada Mohd Amri, bagi saingan musim depan.


Dilaporkan sebelum ini kedua-dua pihak, iaitu Melaka United dan Mohd Amri, telah mencapai kata sepakat untuk bekas penyerang Johor Darul Ta’zim itu menyertai skuad Sang Kancil dan difahamkan Mohd Amri akan menandatangani kontrak esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori