Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Polis Rakam...

HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan Father’s Organic...

Timbalan Pengarah Hospital Machang...

PASIR PUTEH - Seorang doktor perubatan yang juga Timbalan Pengarah Hospital Machang, maut...

Saya Tidak Kenal Altantuya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan...

15 Februari Sebutan Kes...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Februari ini bagi pengurusan...

Anak Kuda Belang Kelahiran Pertama Di Zoo Taiping

TAIPING – Anak kuda belang betina iaitu Equus Quagga Burchelli seberat 30 kilogram adalah kelahiran pertama bagi haiwan tersebut di Zoo Taiping & Night Safari menerusi program pembiakan dan konservasi terutama spesies terancam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Abdul Rahim Md Ariff berkata anak kuda belang itu dilahirkan ibunya yang berumur 18 tahun pada Ahad lepas (11 Nov) manakala anak ungka tangan putih dilahirkan pada 22 April, anak seladang (19 Okt), anak burung keria mahkota (13 Julai).

Katanya, kelahiran sekor anak seladang (Bos Gaurus Hubbacki) adalah yang keenam sejak 2000 yang mana kali terakhir dilahirkan adalah pada 2012 manakala kelahiran anak burung keria mahkota (Balearica Regulorum) menjadikan spesies burung itu kini ada lapan ekor.

“Kelahiran anak ungka tangan putih (Hylobates Lar) dengan berat antara 0.4 kg hingga 0.5 kg menjadikan zoo itu kini mempunyai 13 ekor ungka tangan putih,” katanya dalam sidang media di zoo itu di sini hari ini.

Beliau berkata kelahiran haiwan tersebut adalah satu daripada pencapaian yang amat berharga dalam memastikan program pembiakan dan konservasi dapat diteruskan bagi mengelak berlaku kepupusan.

Katanya, kejayaan tersebut menunjukkan kemampuan Zoo Taiping & Night Safari dalam membiak haiwan dalam kurungan yang hampir pupus sesuatu yang amat berharga serta menjadi tarikan baharu kepada pengunjung.


Menurut Abdul Rahim, sebagai sebuah zoo yang mendokong prinsip zoo bertaraf dunia dan berusaha ke arah mencapai tahap tersebut, Zoo Taiping & Night Safari sentiasa mengamalkan aktiviti yang mementingkan penjagaan dan kebajikan haiwan.

Katanya, Zoo Taiping & Night Safari bukan sahaja memastikan penjagaan haiwan yang berterusan, persekitaran yang menyamai habitat asal, malahan memastikan perkembangan fizikal dan mental haiwan dirangsang dengan baik.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata pihakhya juga akan menambah beberapa haiwan baharu seperti burung swan bagi menambah 120 spesies termasuk mamalia, reptilia, ikan dan burung yang terdapat di zoo berkenaan. – BERNAMA

Kategori