YORKSHIRE BARAT – Seekor anak kuda padi gemar bermain bola selain memiliki kemahiran luar biasa mengawalnya hingga menyebabkan pemiliknya sanggup menawarkan khidmat haiwan itu untuk menyertai pasukan bola sepak kegemarannya, Huddersfield Town di sini.
Kuda padi yang diberi nama Tony itu meminati sukan tersebut selepas pemiliknya, Kristy Simpson, 37, menghadiahkan sebiji bola untuk ia bermain.
Sejak pertama kali menyentuh bola, Tony cepat menguasai kemahiran tersebut walaupun pernah memecahkan sekurang-kurang 10 biji bola ketika mempelajari kemahiran dan kawalan sewaktu bermain.
“Tony bermain bola hampir setiap hari dan amat meminatinya. Saya rasa dia ada kemahiran yang baik untuk beraksi bersama pasukan Huddersfield Town, mereka boleh melakukan sesuatu dengan ‘pemain’ baharu,” kata Simpson. – Agensi