Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Masyaallah.. Bayi Ini Melecur...

"BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"Sesungguhnya keluarga bayi ini diuji dengan...

Pelajar IPT Tinggal Di...

PUTRAJAYA - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di asrama masing-masing sepanjang tempoh...

MAS Mohon Dagangan Saham...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airlines System Bhd (MAS) memohon penggantungan dagangan sahamnya di...

Renungan.. Kisah ‘Keajaiban’ Tawakal...

JIKA anda yang membaca ini, sedang berada dalam keadaan sukar kerana dihimpit ujian hidup dan...

‘Anak Saya Tak Pernah Cinta Suami Orang’ – Ibu Mangsa

SEJAK semalam, pemilik nama Nadia Nordin menjadi trending di laman sosial selepas videonya memukul seorang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, tersebar menjadi viral.

Rata-rata netizen pula khususnya wanita, dilihat menyokong perbuatan Nadia kerana merasakan ianya setimpal atas perbuatan wanita itu menggoda suami orang.

Pun begitu, ibu kepada wanita berkenaan tampil mempertahankan anaknya dan mendakwa anaknya tidak pernah bercinta dengan suami orang.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Ani, 50-an juga telah membuat laporan polis supaya tindakan tegas individu yang memukul anaknya dapat diambil.

'Anak Saya Tak Pernah Cinta Suami Orang' - Ibu Mangsa

Menurut Ani, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu, Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.

“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu,” katanya kepada Harian Metro.


Dalam video viral tersebut, Nadia dilihat memukul seorang wanita dalam keadaan bogel tanpa belas kasihan di sebuah bilik hotel.

Insiden itu dikatakan berlaku di pekan Sungai Golok, Kota Bharu, pagi Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di negara jiran dan pihaknya menerima dua laporan termasuk daripada mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Sabtu lalu.

“Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai turut ada di dalam rakaman itu yang dituduh menyebarkan video itu.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori