Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Myvi YDP MPP UUM...

SABOTAJ... Kereta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) diletakkan...

2 Muka Lama, 8...

MELAKA: Dua muka lama dan lapan muka baharu membarisi senarai 10 Ahli Majlis...

Bas Ekspres Terbabas: Dua...

KUALA LUMPUR - Dua maut manakala seorang cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar tebing di Km 422.5...

Mayat Lelaki Reput Dan...

JOHOR BAHRU – Mayat dipercayai seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan reput dan...

Ancaman Bom Palsu Di Mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta susulan panggilan ancaman bom yang diterima di kaunter Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dari seorang lelaki yang tidak dikenali di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pemeriksaan telah dilakukan dan tiada bahan letupan ditemui di kawasan Kompleks Mahkamah tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kaunter Balai Polis TTDI telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu terdapat satu letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 11.10 pagi.

“Susulan itu, kita telah mengambil tindakan pemeriksaan di kawasan mahkamah terbabit dan tiada bahan letupan ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis telah menghubungi pihak pengurusan mahkamah berhubung ancaman bom sebelum semua kakitangan mahkamah diarah mengosongkan bangunan terbabit secepat mungkin bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Pemeriksaan mungkin akan mengambil masa dan bantuan dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) telah ditugaskan bagi mengesan bahan letupan di mahkamah tersebut. – K! ONLINE

Kategori