Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Henti Polemik ‘Doktor Vs...

KUALA LUMPUR - Polemik pengasingan dispensari atau pemisahan fungsi klinik dan farmasi perlu...

Kerajaan Susun Semula Kawasan...

ALOR SETAR – Wujud keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan nelayan secara lebih teratur...

Beberapa Suspek Di Bawa...

SUBANG JAYA - Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri...

Subsidiari JCORP, TTSB Tidak...

JOHOR BAHRU - TPM Technopark Sdn Bhd (TTSB) didapati tidak mencapai sasaran jualan...

‘Andi Lala’ Suspek Bunuh 5 Sekeluarga Di Medan

SUMATERA UTARA – Misteri pembunuhan lima sekeluarga yang maut dikelar akhirnya terjawab apabila dua suspek dipercayai mempunyai talian dengan mangsa berjaya diberkas pihak polis.

Tribunnews melaporkan dua suspek berkenaan masing-masing merupakan pasangan suami isteri ditahan lewat petang semalam di rumah mereka di Lubuk Pakam, Deli Serdang, Indonesia.

Andi Matalata atau lebih dikenali sebagai ‘Andi Lala’, 34, yang merupakan sepupu kepada mangsa ditahan bersama isteri serta ibu mertuanya bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam lima sekeluarga itu.

Kaitan: Satu Keluarga Maut Disembelih Perompak

'Andi Lala' Suspek Pembunuhan 5 Sekeluarga Di Medan

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Wilayah Sumatera Utara, Nurfalah berkata suspek berjaya dikesan melalui telefon bimbit mangsa yang dicuri suspek pada hari kejadian.

“Berpandukan Sistem Penentuaan Kedudukan Global (GPS), kami berjaya menjejak kedudukan suspek dan apa yang lebih memeranjatkan, turut kelihatan motosikal Honda Vario milik mangsa berada di rumah mereka,” kata Nurfalah.

'Andi Lala' Suspek Pembunuhan 5 Sekeluarga Di Medan


Menurutnya, polis percaya mangsa dibunuh lebih dari seorang dan motif suspek sanggup membunuh kelima saudaranya itu masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun menurut maklumat penduduk setempat, insiden pembunuhan itu mungkin berpunca disebabkan suspek ingin memilik rumah yang diduduki keluarga mangsa, namun polis masih belum mengeluarkan komen lanjut berkenaan perkara ini.

“Perkara ini masih di dalam siasatan dan kami meminta anda memberi kami masa untuk menyiasat sepenuhnya agar dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori