Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barangan Bernilai RM160 Ribu...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas barangan...

Lelaki Maut Tersasar Ke...

SEORANG lelaki menerima nasib malang apabila percubaan pertamanya untuk merasai adrenalin bermain lompatan...

Tiada F1 Di Sepang...

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) tidak...

Bom Palsu: Penghantar Makanan...

IPOH: Padah kerana membuat panggilan ugutan bom palsu, seorang penghantar makanan menerima hukuman...

Angka Kematian Covid-19 Melonjak Dalam Sehari

ROM – Tiga negara di Eropah telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 dalam tempoh satu hari.

Itali menyaksikan sebanyak 368 kes kematian, menjadikan keseluruhan kepada 1,809 manakala Sepanyol pula mencatatkan 97 kematian menjadi angka maut meningkat kepada 288 orang.

Perancis pula melaporkan 29 kematian, dengan jumlah keseluruhan 120 orang.

United Kingdom juga mencatatkan 35 kes kematian koronavirus dengan 4 kes kematian baru.

Susulan peningkatan kes kematian itu, beberapa kerajaan di Eropah telah mengekang pergerakan warga negara masing-masing dan mengetatkan kawalan sempadan.

Jerman telah melaksanakan kawalan sempadan di Perancis, Switzerland, Austria, Denmark dan Luxembourg mulai hari Isnin manakala Portugal telah menutup sempadan dengan Sepanyol.

Kerajaan Czech telah memperkenalkan langkah-langkah kawalan lebih ketat – penduduknya hanya dibenarkan pergi dan balik dari tempat kerja dan membeli makanan atau ubat dan melakukan kunjungan keluarga yang mendesak sahaja.


Penduduknya telah dikenakan sekatan pergerakan bebas dari tengah malam (23:00 GMT) pada hari Ahad hingga 24 Mac.

Austria pula melarang pertemuan lebih daripada lima orang mulai hari Isnin dan Ireland mengarahkan semua kelab malam ditutup sehingga 29 Mac.

Sekolah-sekolah kebanyakan negara di Eropah telah ditutup.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini telah mengisytiharkan Eropah sebagai pusat pandemik koronavirus yang berasal dari China. – Agensi

Kategori