Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Berkongsi Semangat Hari Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini menyaksikan Arkib...

Muhyiddin Terima Anugerah Mansur...

MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  Yassin malam ini menerima Anugerah...

Bakar Kekasih Sarat Hamil...

SEORANG remaja berusia 20 tahun, Eren Toben tergamak membunuh dengan cara membakar kekasihnya...

Irfan Pertahan Emas Lempar...

ATLET negara, Mohd. Irfan ShamSuddin mempertahankan emas acara lempar cakera selepas raih catatan...

Angkat PPBM Untuk Kerajaan PN Satu Kesilapan

PAGOH  – Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau berkata ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sememangnya ditubuhkan untuk menjatuh dah mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu.

“Masa nak tubuh kerajaan, tersilap serahkan jawatan nombor satu negara kepada orang yang hanya ada enam kerusi sahaja.

“Tapi sebab hendak berpakat supaya betul caranya hendak tubuh kerajaan kerana yang penting pada ketika itu adalah hendak lihat Pakatan Harapan (PH) jatuh, lain tidak ada.

“Kita hendak DAP dan PKR jatuh, tapi tersalah pilih orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri rupanya orang yang hendak bunuh parti kita, jadi macam mana? Terang-terang PPBM ini ditubuhkan untuk membunuh UMNO itu sahaja tujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-cawangan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2021. Turut hadir adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamal; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Rembau itu lagi, di sebalik itu Muhyiddin yang merupakan Presiden PPBM itu ternyata tidak menggunakan kuasa mentadbir negara sebaiknya sehingga digelar kerajaan gagal.

“Dia tidak menggunakan kuasa dengan baik tetapi niat jahat dia diteruskan untuk membunuh kita. Kita tidak boleh tahan lama dan tidak boleh duduk dalam keadaan begitu tambahan pula ternyata kerajaan yang dipimpin oleh PN gagal mengurus negara.

“Keadaan negara kita bertambah teruk selepas ambik dari PH tidak boleh urus COVID-19 dan ekonomi negara.


“Kita bercakap kadang-kadang dia tidak mahu dengar… saya baik dengan beliau selalu berjumpa dan saya juga mencadangkan bermacam-macam,” ujar beliau.

Jelas Mohamad lagi UMNO sebelum ini berhati-hati dengan PH namun PPBM yang dianggap sebagai rakan bertindak sebaliknya dengan melakukan pelbagai helah bagi melemahkan UMNO.

“Sejak hari pertama PN ditubuhkan saya tidak bersetuju kerana bagi saya yang paling baik pada ketika itu adalah untuk kita mengadakan pilihan raya kerana pada ketika itu orang benci dengan PH dan menyanjung kita.

“Namun bak kata orang tua-tua kita melangkah tidak membaca sehinggakan masuk perangkap orang, keluar mulut singa masuk mulut buaya.

“Keluar dari PH ingat kita lega tetapi akhirnya dia memang hendak makan kita secara bersistematik, UMNO dilemahkan dalam kerajaan PN. Itu sebablah orang tua-tua kata dalam banyak-banyak lawan tidak ada kawan tetapi dalam berkawan ada lawan,” tegas beliau lagi. – UMNO Online

Baca: Penjelasan Najib Yang Mungkin Mahfuz Takkan Faham

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori