Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Biadap! Pekerja Guna...

VIDEO ini memaparkan perbuatan jijik seorang pekerja kedai makanan segera yang bertindak mengelap...

Harimau Malaya Lonjak Ke...

SKUAD Harimau Malaya melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-154 dunia...

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kerana memiliki dadah...

Manchester United Idam Pemain...

MANCHESTER United dilapor akan mendapatkan seorang pemain muda sebelum jendela pemindahan ditutup pada...

Antara Album Terbaik R&B, Yuna Diiktiraf Rolling Stones

ALBUM terbaharu, Chapters, milik penyanyi yang semakin rancak mencipta namanya di Amerika Syarikat (AS), Yuna telah diiktiraf antara album genre R&B terbaik bagi tahun 2016.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Yuna oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi satu rencana ‘Best R&B Albums of 2016 So Far‘.

Pengiktirafan itu mengifatkan album Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai itu berjaya memaparkannya sebagai seorang artis yang berbakat besar dalam menulis lirik lagu yang luar biasa.

Menurut Reeves, Yuna hanya memeelukan satu atau dua sahaja lagi lagu yang popular untuk membolehkannya mencipta nama yang mantap dalam kalangan peminat muzik, lapor Astro Awani.

Yuna, 29; juga meluahkan perasaannya gembira atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya melalui akaun Instagram miliknya.

Antara Album Terbaik R&B, Yuna Diiktiraf Rolling Stones


Majalah Rolling Stone merupakan majalah hiburan dan budaya muzik pop paling popular dan diterbitkan bukan sahaja di AS, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara lain, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, single Yuna, ‘Crush’, iaitu duet bersama penyanyi terkenal Usher pernah menduduki carta Billboard Amerika di tangga ke-18. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori