Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib, UMNO Peroleh Kembali...

KUALA LUMPUR- Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium...

Sarawak Perlu Lebih Banyak...

KUCHING - Sarawak memerlukan lebih banyak rumah mampu milik yang murah dan selesa...

Remaja Menderita Didera Akhirnya...

SELEPAS bertahun didera, akhirnya seorang remaja, Natalie Finn, 16, menghembuskan nafas terakhir dalam...

Kim K, Kanye West...

BINTANG siri Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian West dan suami, Kanye...

Antara Kuih Raya Yang Popular Di Pagi Raya

ALDILFITRI dan kuih raya sememangnya tidak dapat dipisahkan dan boleh dikatakan hari raya akan menjadi suram jika tidak dihidangkan dengan kuih raya.

Selain itu, biskut raya juga merupakan penyeri selain menjadi hidangan tambahan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah selain dari hidangan utama seperti ketupat dan rendang.

Kami senaraikan empat jenis biskut atau kuih raya yang sememangnya popular dan menjadi kegemaran ramai semasa hari raya;

Tat Nenas

Tat Nenas merupakan kuih tradisional yang popular dan wajib ada di atas meja tamu setiap tahun kerana kuih ini mempunyai peminat yang ramai. Kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti bersamanya biasanya akan dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan.

Almond London

Almond London antara kuih moden yang menjadi kegemaran lebih 10 tahun yang lalu. Malah sejak ia popular Almond London sudah menjadi biskut kegeraman bila menjelangnya Hari Raya walaupun cara penyediaannya agak complicated.

Cornflakes Madu


Cornflakes Madu antara biskut empingan jagung yang sangat popular. Meskipun ia mudah disediakan iaitu hanya disira dengan madu, namun  ia merupakan kuih raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Rainbow Cookies/Kuih Raya Lidah Kucing

Rainbow Cookies sering menjadi perhatian kanak-kanak kerana tarikan kuihnya yang berwarna-warni seperti pelangi. Selain dikenali sebagai Rainbow Cookies, ia juga dikenali dengan nama Kuih Raya Lidah Kucing. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori