MUNGKIN bagi sesetengah selebriti, mereka mengharapkan untuk memenangi anugerah dan ada juga yang berkarya untuk kepuasan diri dan tidak mengharapkan apa-apa pengiktirafan.
Namun, bagi pelakon filem Juvana, Adam Shahz, kemenangannya bagi kategori Pelakon Baru Lelaki Terbaik menerusi filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan pada Festival filem Malaysia ke-28 (FFM28) pada tahun lalu bagaikan menjadi penghalang baginya.
Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, selepas anugerah yang diterimanya itu, selama hampir enam bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
āSaya juga tidak pernah ādemandā soal bayaran selepas menang trofi pada tahun lalu. Apa yang penting, kadar bayaran yang diterima berpatutan dengan kualiti lakonan.
āSaya berharap penerbit dan pengarah drama dan filem tidak takut menawarkan saya berlakon selepas ini,ā katanya dipetik daripada portal Harian Metro.
Dalam keperitan menanti, berkat kesabaran dan doanya, akhirnya dia menerima tawaran daripada penerbit Little Film Production bagi projek filem berjudul Kalla, pada hujung tahun ini.
Filem arahan Wan Hasliza itu bakal menampilkan beberapa barisan pelakon popular yang lain iaitu Vanida Imran, Faizal Hussein, Zaidi Omar, Azhan Rani, Riz Amin, Fara Ali Khan dan ramai lagi.
āAlhamdulillah, masih ada rezeki saya dalam bidang lakonan selepas enam bulan tidak ada tawaran berlakon.
āSelepas memperbaiki diri dan menjaga hubungan dengan Allah, rezeki dipermudahkan dalam bidang lakonan.
āWatak saya dalam filem Kalla juga menarik iaitu sebagai anggota PACSEA, badan antikeganasan apabila saya bergandingan dengan Azhan sebagai rakan setugas,ā tambah bapa kepada dua orang anak itu.
Sebelum ini, Adam pernah melibatkan diri dalam pementasan Teater 404 arahan Raja Azrey dan membawa watak pembantu.
āIa teater pertama lakonan dan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaik. Watak utama teater itu, Tauke banyak membantu saya untuk menjayakan babak kami.
āSaya juga impi untuk beraksi di pentas bangsawan pula selepas ini,ā ujarnya.
Dalam masa yang sama, Adam turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang baru-baru ini dia dikatakan telah disihir oleh individu yang sangat dikenalinya seterusnya membuatkan rumah tangganya bersama dengan bekas isteri, Fatin Afeefa berantakan.
Adam turut mendakwa bahawa dia mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sakit sendi dan sukar untuk tidur malam sepanjang tempoh itu .
Apa yang lebih menyakitkan, berat badannya juga telah merosot secara mendadak kepada 50kg daripada 70kg dalam masa hanya sebulan.
āAlhamdulillah, selepas mengamalkan rawatan perubatan alternatif, kesihatan beransur pulih dan kini meneruskan rutin harian seperti biasa.
āSelain itu, saya banyak membuat solat sunat dan menjaga solat lima waktu.
āBagaimanapun, saya sudah memaafkan perbuatan pihak yang menyihir saya itu. Semoga dia bertaubat dan kembali ke jalan diredai Allah,ā tambahnya lag.
Zaman sekarang ni kalau kita tak buat salah pun, pasti ada sahaja orang yang tak puas hati. Manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain lain. –MYNEWSHUB.CC / AH