Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rompak RM10 Dari Warga...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga pasar dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah...

Guna Logo Sendiri `Modus...

Memang benar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan parti itu tidak akan menggunakan logo...

Mazidul Akmal Koma Sementara...

SEREMBAN - Anak tunggal kepada pramugari pesawat MH17 tidak dapat menahan kesedihan di...

Dakwaan Penjualan Bayi: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis mengambil keterangan seorang wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan...

Anwar Terima RM33,560 Ke RM42,560 Sebulan Pada Kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima elaun minimum RM33,560 setiap bulan daripada kerajaan selepas menandatangi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik baru-baru ini yang menyaksikan beliau menerima taraf yang sama dengan seorang menteri.

Jumlah itu diperolehi melalui satu kenyataan pihak Anwar malam ini.

Pecahan imbuhan yang akan diterima Anwar adalah seperti berikut;

1. RM 14,907.20 sebulan untuk gaji bulanan
2. RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
3. RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
3. RM 4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
4. RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
5. RM 6,000.00 untuk elaun pakaian panas (sekali dalam 3 tahun)
6. RM 1500.00 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam 3 tahun)
7. RM 1500.00 untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam 3 tahun)
8. Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

Sekiranya jumlah elaun untuk 3 tahun sekali dimasukkan, Anwar akan menerima sehingga RM42,560.

Anwar bagaimanapun menjelaskan akan menolak imbuhan-imbuhan berkenaan.

“Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin.


“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya.

Bagi menampakkan dirinya tidak dibeli oleh pihak kerajaan, Anwar memberikan jaminan bahawa aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi

“Ingin ditegaskan bahawa pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang ini tidak bermaksud kita akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala,” jelasnya. – Mynewshub.TV

Baca: Anwar Mahu Serah Semua Kepada Rakyat Miskin

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori