Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anak Saudara Sultan Brunei...

ANAK saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq Jefri Bolkiah telah menandatangani...

Gempa: Penduduk Di Sekitar...

RANAU - Penduduk di sekitar daerah Ranau diminta agar sentiasa berwaspada dan bersiap...

Suami Baran Bogel Isteri...

KOTA BHARU - Suami sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mempertahan maruah si isteri....

Sukan SEA: Upacara Penutup...

HANYA kurang beberapa jam sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur melabuhkan tirainya, rata-rata barisan...

Anwar Ucap Terima Kasih, Hargai Profesionalisme AGC

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan terima kasih beliau atas sikap profesionalisme Jabatan Peguam Negara (AGC), yang mengumumkan untuk tidak mendakwa mana-mana pihak, berhubung dakwaan serangan seksual oleh seorang ahli politik, kerana tidak terdapat cukup keterangan untuk berbuat demikian.

“Saya telah meneliti kenyataan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek. Saya mengalu-alukan keputusan pihak Jabatan Peguam Negara tersebut, serta saya turut ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada pihak berkuasa atas profesionalisme yang ditonjolkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Dalam kenyataan media semalam, Engku Nor Faizah berkata setelah mengkaji kesemua keterangan yang diperoleh dalam Kertas Siasatan daripada Polis Diraja Malaysia, AGC mendapati terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang, di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

Anwar dalam ciapan di Twitter beliau itu juga berkata sungguhpun dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat bersesuaian dengan proses hukum, namun beliau tidak dapat memaafkan tuduhan dan penghinaan terhadapnya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini, akan diteruskan,” tambahnya.

Media melaporkan bahawa pada 4 Disember tahun lepas, Muhammed Yusoff Rawther iaitu pegawai penyelidik Anwar telah membuat akuan berkanun, mendakwa dirinya diserang Anwar pada 2 Oktober 2018, tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu menafikan dakwaan berkenaan, kerana beliau sedang sibuk berkempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada masa itu.

Kategori