Apa Lagi Mahu Dijual?

1. Pada bulan Mac 2019, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah menyuarakan kebimbangan mengenai pelaburan dan dasar-dasar mencairkan asset yang dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad, di bawah kepimpinan baru yang dilantik Kerajaan Pakatan Harapan. Umum mengetahui bahawa Khazanah ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia.

2. Khazanah diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara. Khazanah memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia. Khazanah juga memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC.

3. Syarikat-syarikat utama yang tersenarai dalam portfolio Khazanah terdiri daripada beberapa syarikat terbesar dan terpenting di Malaysia, termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad dan UEM Sunrise Berhad.

4. Pada bulan November 2018, Khazanah dilaporkan bersetuju untuk menjual 16% pegangan saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co. Ltd. untuk RM8.42 billion (US$2 billion) secara tunai. Sebelum ini, Khazanah merupakan pemegang saham terbesar IHH Healthcare Berhad melalui Pulau Memutik Ventures Sdn. Bhd. dengan nilai pegangan saham sebanyak 40.8%. Pemegang saham kedua terbesar adalah Mitsui & Co. Ltd. dengan nilai pegangan saham sebanyak 18.3%. Keadaan ini berubah selepas penjualan 16% pegangan saham di mana Mitsui & Co. Ltd. bakal menjadi pemegang saham terbesar sebanyak 34.3% manakala Pulau Memutik Ventures Sdn. Bhd. menyusut kepada 24.8%.

5. Sekarang pada bulan September 2019, IHH yang kini pemegang saham terbesarnya adalah Mitsui & Co. Ltd. dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli keseluruhan saham Pulau Memutik Ventures untuk mengambil alih kepentingan Prince Court Medical Center Sdn. Bhd. (PCMC) pada harga RM 1.02 billion. Pengambilalihan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Khazanah terus mencairkan aset-aset penting pelaburan negara. Namun, persoalannya, mengapakah hutang negara makin bertambah?

6. Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk mencairkan pegangan saham syarikat penerbangan nasional, MAS kepada syarikat asing. Berita turut menyiarkan bahawa syarikat penerbangan Jepun, Japan Airlines disebut-sebut mengambil alih pegangan saham MAS. Persoalaanya kini, adakah Mitsui dan Japan Airlines merupakan percaturan Bon Samurai? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menuntut penjelasan terperinci daripada Menteri Ekonomi, YB Azmin Ali dan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng!

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #MuafakatNasional #SaveMyMalaysia #PemudaMemimpin #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...