Apa PH Buat Dalam Masa 22 Bulan Jadi Kerajaan? – Najib

PH dan Atok97 paling tak layak nak sebut rule of law atau nak soal keputusan mahkamah.

Apa mereka buat dalam masa 22 bulan mereka kerajaan?

Kit Siang dan DAP yang pilih Peguam Negara. Dijanji Tommy akan dilantik peguam negara sekiranya PH menang PRU14.

Ketua Hakim Negara baharu juga pilihan Kit Siang.

Pemimpin PKR pula dilantuk ketua SPRM. (bayangkan jika pemimpin UMNO dilantik jadi ketua SPRM.)

Lepas itu:

  • Tuntutan Pulau Batu Puteh ditarik balik begitu sahaja dua minggu sebelum perbicaraan bermula semasa peguam negara sedia ada diarahkan untuk bercuti.
  • Guan Eng dilantik Menteri Kewangan SEMASA dia masih hadapi perbicaraan rasuah di mahkamah.
  • Pejabat Peguam Negara tarik balik dakwaan terhadap Guan Eng sehingga kes gugur.
  • Langsung tiada dakwaan terhadap kes rasuah mega terowong walaupun 6 kertas siasatan sudah siap sejak awal tahun 2018 dan telah diserah kepada Peguam Negara. Ketua SPRM dorang pula beri alasan bahawa siasatan kes terowong masih berjalan.
  • Setelah Ketua Hakim ditukar, hakim kes SRC saya yang merupakan kes paling tinggi profil dalam negara tiba-tiba diganti setelah perbicaraan bermula dan diganti dengan hakim baharu yang dipindah dari mahkamah sivil yang tiada sebarang pengalaman kes jenayah. Alasan diberi ialah ini “routine change”.
  • Laporan-laporan polis dibuat panel suruhanjaya diRaja RCI terhadap Mahathir bagi kes BNM Fores di mana RM32 bilion ditarik balik dan kes diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA). Akibatnya, tiada seorang pernah didakwa walaupun sebanyak RM32 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion) sudah lesap begitu sahaja. Buat apa RCI penat-penat cari kebenaran sekiranya laporan polis yang dibuat atas kesalahan yang dikenal pasti ditarik balik begitu sahaja?
  • Lepas ketua hakim dilantik mereka henti, dia pula dilantik pengerusi Berjaya Land (syarikat milik kroni Atok) dan berkempen untuk PH dalam PRN Sabah.

Apa komen Kit Siang dan PH untuk perkara-perkara di atas?


Langsung tiada. Buat tak tahu. Sehingga hari ini.

Lagi nak sembang “rule of law”?

Belum ambil kira lagi ekonomi yang hancur, pelaburan asing yang jatuh hingga paling rendah dalam sejarah, stock market menjunam teruk, hiba serta dividen-dividen tabung simpanan menjadi paling rendah dalam sejarah, hutang negara yang naik pada kadar paling tinggi dalam sejarah (jauh lebih tinggi banding masa saya PM) Petronas dijarah tiap-tiap tahun sehingga rating Petronas diturunkan 3 tahun berturut, aset-aset negara dibina masa saya PM dijual satu persatu serta janji-janji manifesto mereka dicapatikan kononnya sebab ianya bukan kitab suci.

Sumber: Facebook Najib Razak

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...