Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berbilion Derma Tak Sampai...

KANGAR - Berhati-hati memberi sumbangan kepada kutipan atas nama Palestin! Mufti Perlis, Datuk Dr....

Penjual Sayur Dijel 3...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual sayur dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan rakan...

Polis Sandakan Rampas Sepucuk...

SANDAKAN - Polis merampas sepucuk pistol berserta tujuh butir peluru dan menahan tiga...

“Syukur, Apa Yang Berlaku...

KUALA TERENGGANU - "Syukur ... saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan...

Apakah Malaysia Ada ‘2 PM’ Kini?

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi dalam kerajaan pada 2 Disember lalu.

Pada hari tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan sebuah program dikenali sebagai Jualan Keluarga Malaysia.

Program itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan pada harga yang munasabah.

Ia berikutan kenaikan harga barangan yang sedang melanda di kebanyakan negara ketika ini dan Malaysia turut mengalami tempiasnya.

Namun anehnya pada hari yang sama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program Gerai Prihatin Rakyat.

Program Gerai Prihatin Rakyat juga dikatakan untuk menjual barangan keperluan harian pada harga murah bagi membantu rakyat.

Lebih mengelirukan kedua-dua program itu akan melibatkan kementerian yang sama iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).


Muhyiddin dipetik berkata, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan mengetuai Program Gerai Prihatin Rakyat.

Muhyiddin menyebut Ronald adalah Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mungkin ini akibat banyak ‘kapitan’ dalam sebuah kerajaan maka sumber kerajaan untuk membantu rakyat pun digerakkan mengikut ‘kapitan’.

Adakah ini juga bermakna kerajaan Malaysia hari ini sebuah kerajaan ‘hibrid’ yang terdiri daripada Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan PN?

Sehinggakan program membantu rakyat dalam kesusahan pun berbentuk ‘hibrid’ dan dilaksanakan secara berasingan “satu untuk kau, satu untuk aku”.

Ini tidak sihat sebenarnya untuk imej Malaysia andai perkara seumpama itu terus berulang.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori