Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Bani Melayu...

SEORANG lelaki dari Johor Bahru meluahkan hasratnya ingin mengadakan sesi debat dengan pendakwah antarabangsa,...

Rasuah: 2 Anggota, Pesara...

SHAH ALAM - Dua anggota dan seorang pesara polis masing-masing dipenjara dua tahun...

Abu Kassim Tamat Perkhidmatan...

PUTRAJAYA - Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua...

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu...

APMM Selamatkan 6 Nelayan Di Perairan Tanjung Sedili

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menyelamatkan enam nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin di kedudukan kira-kira 4.8 batu nautika timur perairan Tanjung Sedili Kecil, dekat Kota Tinggi, tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah hari daripada wakil Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili yang menyatakan sebuah bot nelayan tempatan mengalami kebocoran dan hampir karam di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti di perairan Sedili Kecil.

“Bertindak di atas aduan tersebut, sebuah bot ronda Maritim Malaysia digerakkan, namun, pada awalnya bot Maritim Malaysia sukar untuk mengesan bot kelas A KTF 5972 tersebut berikutan tiada maklumat mengenai kedudukan lokasi bot terbabit.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, bot yang membawa enam awak-awak dan tekong, berumur lingkungan 22 hingga 68 tahun itu berjaya dikesan dengan bantuan bot-bot nelayan yang berada berhampiran kawasan kejadian,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata bot tersebut, bagaimanapun, didapati hanya mengalami kerosakan enjin dan tidak mengalami kebocoran atau hampir karam seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata bot berkenaan kemudiannya diiring ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori