Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan pihak mengeluar dan menjual arak jenama Timah yang dianggap bersifat provokatif terhadap umat Islam negara ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan, yayasan itu turut membantah penjualan arak jenama berkenaan yang jelas haram di sisi Islam dan membawa keburukan terhadap masyarakat.

Menurutnya, walau syarikat pengeluar sudah menjelaskan perkataan Timah adalah terjemahan daripada ‘Tin’ dan bukan merujuk kepada nama mana-mana wanita Islam, ia tetap tidak sesuai apatah lagi menjelang sambutan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Tindakan pihak terbabit yang tidak sensitif terhadap sentimen masyarakat Muslim di Malaysia akan memberikan imej yang buruk kepada negara.

“Malah, tindakan berterusan memprovokasi sentimen umat Islam harus segera dihentikan kerana dikhuatiri akan menggugat keharmonian yang menjadi teras kestabilan negara,” kata kenyataan itu.

FACEBOOK MYNEWSHUB DI SINI 

Yadim berkata, tidak wajar arak itu dipromosi secara terbuka dan meluas di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Golongan yang meminum arak masih boleh membuat pilihan daripada jenama lain yang banyak di pasaran tanpa menyentuh sensitiviti umat Islam, katanya.

Yadim juga enggan arak Timah mengulangi kontroversi sebelum ini yang membabitkan jenama barangan yang sinonim dengan Muslim seperti daging burger babi dikenali P. Ramly pada 2016.

Yayasan itu bersetuju dengan tindakan diambil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang telah melaporkan perkara itu kepada kementerian bertanggungjawab untuk tindakan lanjut. – myMetro Online

BACA – Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...