AS Sahkan Korea Utara Guna VX Bunuh Kim Jong-nam

SAH… Senjata kimia berbahaya yang memang sudah lama diharamkan penggunaannya oleh badan antarabangsa telah digunakan ejen Korea Utara di sebuah lapangan terbang Malaysia.

Ia diumumkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang secara rasmi memaklumkan bahawa Korea Utara telah memerintahkan supaya abang tiri dan pesaing kepada Kim Jong-un dibunuh dengan agen saraf VX.

Kim Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 di Sepang, Selangor pada 13 Februari tahun lalu selepas dua wanita warga asing bertindak pantas menyapu wajah mangsa dengan senjata kimia itu.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam kenyataannya berkata, kerajaan AS membuat penentuan itu pada 22 Februari di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi serta Akta Penghapusan Peperangan pada 1991.

Justeru sekatan tambahan akan dilaksanakan terhadap rejim komunis Pyongyang yang kini diterajui Jong-un dan ia berkuat kuasa pada 5 Mac lalu selepas penemuan tersebut secara rasmi diterbitkan, katanya.

“Tindakan penghinaan terhadap norma sejagat berhubung penggunaan senjata kimia terus menunjukkan sifat Korea Utara dan AS tidak mampu toleransi dengan program WMD negara itu dalam apa juga bentuk,” kata Nauert.

Istilah WMD merujuk kepada senjata pemusnah besar-besaran. Sekatan terbaharu oleh Washington DC terhadap Pyongyang serentak dengan usaha Seoul untuk mengadakan rundingan bagi menghentikan penggunaan nuklear.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson juga membuat kesimpulan Korea Utara “menggunakan senjata kimia yang cabuli undang-undang antarabangsa atau membawa maut terhadap rakyatnya sendiri,” menurut jabatan itu.

Dua wanita masing-masing dari Vietnam dan Indonesia kini dibicarakan berhubung kes itu. Sebelum ini, Malaysia telah mengenal pasti Jong-nam mati kerana terdedah dengan agen saraf VX. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...