Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Serius Bantu Tangani...

KUALA PILAH - Kerajaan komited dan serius dalam membantu rakyat, terutamanya di kawasan...

Indonesia Minta Bantuan

PALU, Indonesia – Sukarelawan-sukarelawan Indonesia mula mengebumikan sejumlah mayat mangsa gempa bumi dan...

GAUM Dibubarkan Berkuat Kuasa...

KOTA KINABALU - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), sebuah badan kerajaan yang...

Cari Formula Terbaik Selesai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mencari formula terbaik seperti yang diguna pakai di negara...

Aswaja Persoal Akidah Ahli Parlimen Sepang

KUALA LUMPUR – “Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah… geli.”

Itu kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian apabila dinasihatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak bersikap bongkak dan takbur yang dilarang Islam.

Hanifa tanpa menghiraukan nasihat itu malah berkata: “Kalau saya Tuhan. Saya tak jadikan kamu. Dah lama saya hapuskan.”

Kenyataan Hanifa itu mendapat perhatian wakil rakyat PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang bangun menegurnya.

Mohd. Khairuddin menjelaskan kenyataan Hanifa kalau beliau Tuhan itu boleh merosakkan akidah seseorang umat Islam.

Hanifa menyindir Mohd. Khairuddin yang juga ahli majlis dewan ulama PAS sebagai penunggang agama dan manusia bodoh.

Perang mulut antara wakil rakyat Pakatan Harapan dan PAS mengenai akidah Islam itu berterusan selama beberapa minit.

Kekecohan di Dewan Rakyat itu turut mendapat perhatian Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) hari ini.

Aswaja dalam satu kenyataan media berkata, Hanifa telah mengeluarkan perkataan kufur yang boleh membawa kepada gugurnya akidah beliau sebagai seorang muslim.

“Beliau dengan egonya tidak mahu mendengar nasihat dan saranan Ahli Parlimen lain supaya menarik balik kenyataannya dan segera bertaubat.

“Untuk menyamakan diri dengan Tuhan yang maha suci adalah tidak boleh sama sekali walaupun menggunakan perkataan “kalau”.

“Allah SWT sama sekali tidak boleh disamakan dengan makhluk kerana Allah SWT mempunyai sifat kesempurnaan, kemuliaan dan keagungan tersendiri,” kata Presiden Aswaja, Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari.


Jelas beliau, kenyataan Hanifa kalau beliau Tuhan tidak akan menjadikan manusia seperti wakil rakyat BN juga adalah satu bentuk prejudis terhadap Allah SWT.

Menurut beliau, dalam keghairahan berpolitik, Hanifa cuba mengandaikan kedudukannya seperti maqam ketuhanan Allah.

Katanya, jika Hanifa mengeluarkan kata-kata itu tanpa disedari, beliau tidak perlu malu dan ego untuk menarik balik kenyataan itu, memohon maaf dan bertaubat.

“Sebaliknya apabila ditegur Hanipa semakin melenting dan angkuh. Tinggi mana pun ilmu kita, hebat manapun kedudukan kita, kita ini hanyalah hambaNYA yang lemah dan hina saja,” katanya.

Zamihan turut mengingatkan itu bukan kali pertama Hanipa mengeluarkan kenyataan yang menyanggah akidahnya sebagai seseorang muslim.

Kata beliau, Hanifa sebelum ini pernah mempertahankan golongan Atheist dengan mencadangkan agar ateisme diiktiraf sebagai agama.

Tambah beliau, Hanipa juga pernah mempertahankan ajaran Syiah dengan menyelar JAKIM agar fatwa tentang kesesatan Syiah dikaji semula.

“Sebaiknya, MP Sepang kembali bertaubat kepada Allah SWT dan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini.

“Adalah haram bagi umat Islam memilih pemimpin yang jahil agama, membela kesesatan dan egoistik dengan kesalahan yang dilakukannya serta enggan menerima nasihat orang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori