Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Status Vaksinasi Lengkap Dua...

PETALING JAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berpandangan mereka yang telah mengambil dua...

Video: Dua Wanita ‘Topless’...

PERSIDANGAN Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis...

SD Ahli Parlimen Sudah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sudah mengesahkan kepada Yang...

APM Terima Enam Lagi...

PUTRAJAYA - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima enam buah bot penyelamat ‘Amphibious...

Aswara Mahu Graduannya Bekerja Di Luar Negara

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mahu lebih ramai graduannya bekerja di luar negara bagi mendapatkan pendedahan yang lebih luas dalam bidang kesenian dan kebudayaan selain membuktikan kemampuan mereka di peringkat antarabangsa.

Rektornya, Prof. Datuk Dr. Mohd Rizon Juhari berkata menerusi program sedia ada di Aswara ketika ini, beliau percaya lepasan akademi itu mampu menembusi pasaran kerja dalam bidang seni dan budaya di negara seperti Indonesia, India, Jepun dan Arab Saudi.

“Pada ketika ini terdapat 28 program di Aswara yang menawarkan pendidikan daripada peringkat diploma sehingga ijazah kedoktoran dalam bidang seperti muzik, teater, filem, tarian, skrip drama, seni halus dan pengurusan seni.

“Kesemua program berkenaan mendapat akreditasi,” katanya pada sidang media pada Program Pertukaran Budaya Antara Aswara dan Indonesia Student Cultural And Education (ISCEF) di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini, terdapat ramai graduan Aswara bertugas di Indonesia dalam bidang kesenian selain India dalam industri perfileman dan institusi itu juga sedang meneroka peluang pekerjaan bagi graduannya di Jepun dan Arab Saudi.

“Baru-baru ini juga saya telah pergi ke Perancis dan dapat melihat pelajar Aswara dari Fakulti Tari bekerja dalam bidang kesenian di sana.

Mengenai kesenian dan kebudayaan yang sering menjadi pertikaian asal-usul antara Malaysia dan Indonesia seperti lagu Rasa Sayang, seni batik, pantun dan wayang kulit, beliau berkata ia bukanlah perkara pelik kerana kedua-dua negara berkenaan adalah serumpun dan program pertukaran budaya akan membolehkan masyarakat kedua-duanya mencari titik persamaan.


“Seni wayang kulit contohnya, kita mungkin lihat ia sama tetapi sebenarnya terdapat perbezaan dari aspek jalan ceritanya.

“Tetapi kita raikan perbezaan itu sebagai satu nilai tambah agar kita boleh mempelajari seni mereka dan mereka boleh mempelajari seni kita. Bukan untuk tujuan bergaduh tetapi merapatkan hubungan,” katanya.

Melalui program pertukaran budaya yang telah kali kedua diadakan itu, seramai 12 pelajar ISCEF mengambil bahagian dalam persembahan kesenian seperti Tarian Mejang Priangan, Tarian Sekar Pudyastuti dan Tarian Indonesia Asmaradana Medley manakala pelajar Aswara mempersembahkan tarian Mak Yong dan tarian medley Zapin serta Joget.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Aswara akan mengadakan Istiadat Konvokesyennya yang ke-14 pada 20 Okt ini. – BERNAMA

Kategori