Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Taufan Sarika Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Taufan Sarika yang dikesan 1,248 km ke timur laut Sandakan,...

Isteri Tun Daim Mahu...

KUALA LUMPUR - Toh Puan Na'imah Abdul Khalid mahu pendakwaan kes gagal mengisytiharkan...

36 Anggota Kongsi Gelap...

IPOH - Seramai 36 anggota kumpulan kongsi gelap 'Geng 04’ dihadapkan ke Mahkamah...

Stesen TV Tayang Aksi...

DUA stesen penyiaran di Sepanyol mengambil keputusan menyiarkan sebuah video memaparkan aksi senggama...

Awi Kenal Atikah Ketika Bergelar Kekasih Hanez

PENYANYI, Awi Rafael mendedahkan dia hanya mula mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie ketika masih bergelar kekasih kepada pelakon, Hanez Suraya.

Pun begitu menurut Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael, perkenalan yang berlaku sekitar lapan tahun lepas dikatakan semakin serius sejak lima bulan lalu.

“Sebenarnya saya kenal Atikah sudah tujuh ke lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya. Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan sahaja.

“Namun lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat serta mula merancang untuk ke arah yang lebih serius,” kata Awi dipetik sebuah portal online.

Menurut Awi lagi, sikap Atikah yang penyayang, penyabar dan tenang membuatkan hatinya terpikat, sekali gus mahu menjadikannya sebagai teman hidup.

“Atikah seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif dan sifat-sifatnya itu membuatkan saya terpikat,” ujarnya.

Malahan, Awi turut mengakui ada mencipta lagu berjudul Rahasia yang ditujukan khas untuk buat Atikah.


Difahamkan juga, lagu tersebut bakal dimuat naik dalam album studio terbaharu Awi bertajuk Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Ya, saya cipta lagu Rahasia untuk Atikah. Saya rasa sudah sampai waktunya untuk bergerak ke arah yang lebih positif berkenaan jodoh. Alhamdulillah,” kata Awi.

Pelakon, Hanez Suraya

Berita pertunangan kedua-dua selebriti ini nyata mengejutkan ramai pihak apabila Atikah memuat naik satu entri di Instagram yang mengesahkan dia telah menjadi tunangan Awi.

Ini memandangkan mereka berdua sendiri langsung tidak pernah berkongsi apa-apa kisah percintaan menerusi media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori