Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kadar Pengangguran Belia Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New...

Adik Muhammad Naufal, Terus...

SEDANG kita kalau demam beberapa hari pun sudah tidak berdaya, inikan pula tujuh...

12 Maut Pertempuran Baharu...

JALALABAD (Afghanistan) - Dua belas anggota militan terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas...

Tip Untuk Jadi Peniaga...

TEKANAN hidup ada setiap hari, ianya tidak perlu dicari. Hidup ini memang padang ujian...

Ayam Gergasi Buat Netizen Tergamam

KLIP video seekor ayam gergasi menggemparkan pengguna laman sesawang kerana memiliki saiz yang berbeza daripada spesies kebiasaannya.

Klip berkenaan pertama kali dimuat naik pada 17 Mac lalu menerusi laman Facebook oleh sekumpulan pengguna yang khusus dalam penternakan ayam gergasi.

Menurut portal Daily Mail, ayam gergasi itu milik seorang warga Kosovo iaitu Fitim Sejfijaj dan haiwan berkenaan pula dikenali sebagai Merakli.

Ia merupakan ayam dari jenis spesis Brahma yang memang terkenal dengan saiz tubuhnya yang besar.

Difahamkan ayam dari jenis ini mempu mencapai berat sehingga lapan kilogram (kg) bagi yang jantan berbanding spesisnya yang lain yang rata-ratanya hanya memiliki berat dari 0.6kg hingga 3.6kg sahaja.

Video Merakli berjaya meraih sebanyak 81 juta tontonan dan mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen.


Seorang pengguna internet, Gregg Clayton berkata dia menyangka ayam itu adalah manusia di dalam kostum.

Manakala Chris Mapa pula berkata: “Saya menjangkakan lagu tema Jurassic Park dan bunyi T-Rex ketika haiwan ini keluar”. – MYNEWSHUB.CC

 

Kategori