Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Pukulan Karate Matikan Ayam...

HANYA dengan sekali pukulan karate di tengkok, ayam-ayam ini mati. Ia merupakan satu pendedahan...

300 Anggota AIM Perak...

GOPENG - Seramai 300 anggota Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Perak...

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’...

GOMBAK: Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pejalan kaki...

Juruterbang Pengsan, Wanita Ambil...

SEORANG wanita yang tiada pengalaman mengendalikan pesawat terpaksa mengambil alih tugas mengawal sebuah...

Azhan Rani Perlu Berhenti Bawa Watak Ustaz

PELAKON Azhan Rani berkata dia perlu berhenti mengambil tawaran berlakon watak sebagai ustaz buat sementara waktu.

Menurut Azhan, 42, dia bimbang sekiranya ada peminat mula menyampah melihat watak yang sama dalam setiap lakonannya.

“Mungkin selepas ini saya kena berhenti buat sementara waktu untuk membawa watak sebagai ustaz.

“Biarpun selepas ni ada lagi lakonan saya sebagai ustaz tapi saya kena kurangkan watak-watak sebegitu.

Watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan mendapat perhatian penonton.

“Takut nanti orang menyampah tengok saya bawa watak yang sama dan nanti ada pula yang kata saya tak boleh bawa watak lain,” katanya kepada mStar Online.

Azhan ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GCS Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, lakonan Azhan sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam watak tersebut yang dianggap seperti penunggang agama.

Dia yang masih mengekalkan watak yang sama menerusi drama Nur 2 akan mula menjalani penggambaran pada Disember depan.


Malah, dia juga akan melakonkan watak sebagai ustaz menerusi drama bersiri 13 Khurafat yang masih dalam penggambaran.

Dalam pada itu, pelakon drama KL Gangster Underworld ini bersyukur apabila Allah mempermudahkan perjalanan kariernya.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan karier seni saya. Segala tawaran berlakon ini bukan diatur oleh saya tapi Allah yang aturkan.

“Semuanya terjadi secara kebetulan dan ia adalah perancangan Allah,” ujarnya. – mStar Online

Kategori