Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Utama Kes Bunuh...

JOHOR BAHRU - Polis menjangka proses reman terhadap seorang lelaki yang didakwa sebagai...

Seminar Pedagogi Abad Ke-21...

KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Seminar Pedagogi Abad...

Empat Negara Arab Putuskan...

DUBAI – Empat negara Arab memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara tersebut...

Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi...

KUALA LUMPUR - Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak...

Azizan Osman Sumbang 30 Mesin Pernafasan Kepada YKN

PUTRAJAYA – Bekas pesakit COVID-19 yang juga seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman, menyumbangkan 30 unit mesin pernafasan Airvo bernilai RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Sumbangan itu disampaikan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun oleh wakil Azizan, Muhammad Ashraf Dm Tej Nasir, di sini hari ini.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata mesin pernafasan itu akan diedarkan ke hospital kerajaan terpilih antaranya Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi Azizan menjalani rawatan COVID-19.

“Sumbangan daripada bekas pesakit kepada YKN ini juga sekali gus dapat membantu pihak hospital dalam merawat pesakit COVID-19 yang sedang menjalani rawatan di hospital,” kata Rina. – BERNAMA

Kategori