Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wan Rosdy Umum Portfolio...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan senarai...

Anwar Ibrahim Diberi Layanan...

DI sebalik khabar angin mengatakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menerima...

Kes Baharu Covid-19 Masih...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 terus konsisten empat angka dengan 2,733 kes...

Bank Miliki Fleksibiliti Untuk...

KUALA LUMPUR – Pihak bank memiliki fleksibiliti untuk menentukan sumber pendapatan dan hutang...

Azrel Ismail Akui Setahun Bercinta Dengan Ruhainies

PELAKON Azrel Ismail akhirnya mengakui bahawa dia dan Ruhainies sememangnya sedang bercinta selepas sering kali berdepan dengan pertanyaan tentang hubungan mereka yang dilihat mesra bersama.

Menurut Azel, dia dan Ruhainies sudah menjalin hubungan cinta sejak setahun yang lalu tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghebohkan percintaan mereka.

“Memang saya dan Ruhainies bercinta. Doakan hubungan kami berjalan dengan lancar. Saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini kerana kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing,” katanya kepada Harian Metro.

Azrel juga menjelaskan hubungannya bersama keluarga Ruhainies semakin rapat dan hubungan mereka sudah mendapat restu walaupun masih belum memikirkan soal perkahwinan.

Bagi Ruhainies pula, dia lebih selesa jika kisah percintaan mereka dimaklumkan oleh Azrel sendiri.


“Selama ini bukan saya sengaja mendiamkan diri. tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi cerita terlebih dahulu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori