Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Teliti Niat Penerbit Komik...

GEORGETOWN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti niat sebenar penerbit komik bertajuk...

Keropok Beracun: Ibu Reda...

GEORGE TOWN - Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang...

DAP Tolak ‘YB Viral’...

MELAKA: DAP menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Akhbar Mohon Maaf, Saman...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah...

Baddrol Bakhtiar Ceburi Bidang Lakonan?

PEMAIN terkenal bola sepak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, telah membawa diri ke aksi layar perak apabila menceburkan diri di dalam bidang lakonan filem ‘Sentak‘.

Pemain tengah skuad Lang Merah itu bakal tampil dalam filem pendek ini terbitan Darul Murthada Studio dan IGX Production berkisarkan tentang pengurusan jenazah yang akan mulai ditayangkan pada 9 April depan.

Menurut Portal Online Semuanya Bola, filem tersebut merupakan filem jenis pesanan khidmat masyarakat (PSA) di bawah payung Kompleks Dakwah Darul yang berkonsepkan filem Islamik.

Filem ini turut dilakonkan oleh Ustaz Yaakub Yusra, Muz Inspire dan juga Othman Ramli. Perkembangan filem akan dimaklumkan melalui laman You Tube dan Instagram Darul Murtada.


Selain Badrul, penglibatan dalam industri filem di kalangan pemain dalam negara turut diceburi oleh Badri Radzi (Piya) dalam filem ‘Si Kijang Merah‘ dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam filem ‘Klon’ pada 2013.

Perkara ini juga bukan perkara baharu dalam kalangan pemain antarabangsa. Antara yang pernah menceburi bidang lakonan ialah Vinny Jones, David Beckham, Eric Cantona, Pele dan Neymar.  – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori