Badminton Piala Sudirman: Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR – Pasukan muda negara terus menceriakan seluruh peminat badminton negara awal pagi ini apabila mereka berjaya menundukkan Indonesia, untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Apa yang membanggakan adalah semangat juang ditunjukkan oleh pemain Malaysia, yang berhempas pulas dalam saingan yang berlarutan selama hampir enam jam, sebelum dapat menundukkan musuh ketat dalam arena badminton, Indonesia, dengan keputusan 3-2.

Ini merupakan kejayaan pertama Malaysia menundukkan Indonesia dalam Piala Sudiman selepas tiga pertemuan, sejak pertembungan pertama dalam peringkat kumpulan pada edisi 1999 di Copenhagen, Denmark, yang menyaksikan pasukan negara jiran itu menewaskan pasukan negara 4-1.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memulakan langkah kemenangan negara dengan menewaskan pilihan nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam perlawanan pertama, dengan straight set 21-12, 21-15, dalam masa 33 minit.

Bagaimanapun dalam perlawanan kedua, juara perseorangan wanita Sukan SEA 2019 S.Kisona gagal meneruskan kehebatan apabila ditewaskan oleh pemain nombor 21 dunia Gregoria Mariska Tunjung dengan 22-20, 18-21, 21-19 dalam masa 67 minit.

Kemudian tiba giliran pemain harapan negara, juara All England 2021 Lee Zii Jia untuk mempamerkan kehebatan dan menceriakan peminat badminton negara apabila berjaya menumpaskan Anthony Sinisuka Ginting dalam straight set 21-11, 21-16, sekali gus mencatatkan kemenangan pertama beliau menundukkan pemain itu selepas empat pertemuan sebelum ini.

Seterusnya pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah jelas mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam aksi mereka, namun ia tidak cukup untuk mengenepikan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Pasangan Greysia-Apriyani berjaya memberikan sinar harapan kepada Indonesia apabila menundukkan pasangan negara dengan 22-20, 17-21, 21-18, menjadikan kedudukan kini 2-2.

Dalam perlawanan penentuan pasangan campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mempamerkan aksi hebat, terutama dalam perlawanan ‘rubber set’ untuk mengejutkan pilihan keempat dunia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti, dengan 21-16 untuk memuktamadkan kemenangan Malaysia.


Terdahulu Hoo-Cheah memenangi set pertama dengan 21-19 namun disebabkan banyak kesilapan, set kedua dimenangi Praveen-Melati dengan 21-9.

Malaysia dijangka berhadapan dengan cabaran sengit dalam saingan berikutnya apabila dijadualkan bertembung sekali lagi dengan pasukan Jepun di peringkat separuh akhir pada pukul 9 malam 3 Okt ini (4 petang waktu Finland).

Sebelum ini pasukan negara ditewaskan oleh Jepun 1-4 dalam saingan peringkat Kumpulan D.

Jepun mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Taiwan, 3-1.

Sementara itu dalam perlawanan lain di saingan peringkat suku akhir, penyandang juara China menewaskan Denmark 3-2 untuk menempah pertemuan dengan Korea Selatan nanti, selepas Korea Selatan menundukkan Thailand, 3-2.

Dalam saingan peringkat Kumpulan D sebelum ini pasukan negara mencatatkan kemenangan keatas England 3-2 pada 27 Sept, disusuli dengan kemenangan 5-0 menundukkan Mesir pada hari berikutnya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...