Wednesday, January 1, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Aksi Ryan Gosling...

Pasti semua wanita yang meminati aktor kacak bertubuh sasa, Ryan Gosling, akan terpikat...

Trump Nafi Jalin Hubungan...

WASHINGTON - Rumah Putih membidas dakwaan dibuat pelakon porno, Stormy Daniels yang mendakwa...

Jangan Hadiri Majlis Diatur...

KULAIJAYA - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan hari ini memberi amaran keras kepada...

Kenderaan Berat Hanya Boleh...

SUNGAI BULOH - Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya...

Bahan Buangan, Sebatian Organik Punca Pencemaran Air

PUTRAJAYA – Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air yang menjejaskan operasi Lori Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak semalam.

Bahan berkenaan dijumpai di kawasan belukar di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataannya berkata, sisa buangan haram yang berbau busuk itu disyaki diuruskan oleh syarikat tidak berdaftar.

Menurutnya, siasatan polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan merujuk kepada penemuan di kawasan itu sebagai sumber sekunder.

“Pengurusan Air Selangor masih belum dapat memulihkan bekalan kerana kesan bau yang masih kuat iaitu tujuh hingga lapan ton,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak terbabit sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secepat mungkin apabila kesan bau dapat dikurangkan kepada sifar ton.


Tambahnya, sampel tanah sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia manakala Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) membersihkan sisa pukal di lokasi tersebut hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut kawasan pembuangan sisa organik terbabit dikawal rapi oleh JAS dan polis.

Sekurang-kurangnya 274 kawasan terjejas akibat insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih, Selangor sejak semalam. – Sinar Harian

Kategori