Bahan Kimia Kentang McD Boleh Rawat Kepala Botak

PARA saintis Jepun mungkin telah menemukan ubat untuk merawat masalah botak dan ia berada dalam bahan kimia yang digunakan untuk membuat kentang goreng McDonald’s.

Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan kaedah “mudah” untuk menumbuhkan semula rambut seekor tikus dengan menggunakan dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia itu adalah sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal menunjukkan bahawa kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia.

Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu, penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini.

HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Dalam masa beberapa hari, Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang yang telah dipindahkan ke atas tikus tersebut.

“Kaedah ini begitu sangat kuat dan meyakinkan. Kami harap ia boleh membantu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia seperti masalah alopecia,” kata Fukuda. – Newsweek/mStar Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...