Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Peluang Rakyat Malaysia Lihat...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di negara ini berpeluang untuk melihat planet Zuhal...

Israel Dijilat Api, Netanyahu...

TEL AVIV - Rejim Israel terpaksa 'tebal muka' meminta bantuan negara jiran untuk...

Bas Terbakar: Trafik Sesak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik setakat 8.15 malam ini sesak sejauh 10 kilometer...

Sanggup Bedah Kaki Untuk...

Rusia – Ketika berusia 17 tahun,Alexander Transer bercita-cita menjadi seorang model namun...

Bahana Kerap Pakai Heels, Zara Zya Dikejar Ke Hospital

RASANYA baru sahaja pelakon, Zara Zya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipi sekitar Julai lalu.

Terkini, agak memeranjatkan apabila beberapa portal hiburan melaporkan heroin Love You Mr. Arrogant ini sekali lagi dimasukkan ke hospital!

Haaa… Apa sudah jadi Zara?

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Zara, dia memberitahu kaki dan bahagian tulang belakang terasa sakit secara tiba-tiba mengakibatkan pelakon ini tidak mampu untuk berjalan.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui panik dengan keadaan itu sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut pengurusnya, Along Ailina berkata selain daripada kerap memakai kasut tumit tinggi, kekurangan rehat juga merupakan faktor kepada kesihatan Zara terjejas.

Namun, difahamkan tiada kecederaan serius yang berlaku ke atas anak jati kelahiran Perak berkenaan.

“Syukurlah tiada sebarang masalah kesihatan serious. Cuma pagi semalam dia tiba-tiba tidak boleh berjalan dan kaki kanannya tidak mampu memijak lantai.

“Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengatakan mungkin disebabkan kurang rehat dan kerap memakai kasut tumit tinggi.


“Zara diberikan suntikan dan ditahan seketika kerana doktor mahu memantau tindak balas ubat yang diberikan kepadanya. Ini kerana Zara mempunyai alahan terhadap ubat penahan sakit,” katanya memetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, Along Ailina memaklumkan sejak kebelakangan ini Zara sememangnya kerap memakai heels demi menjayakan watak yang dibawa dalam drama, Monalisa di mana kini masih lagi dalam proses penggambaran.

“Kebelakangan ini setiap hari dia terpaksa memakai kasut tumit tinggi kerana tuntutan watak lakonannya.

“Selepas ini kami akan memantau dan dia hanya akan memakai kasut tersebut ketika dalam set penggambaran sahaja.

“Zara diberikan cuti sakit selama tiga hari dan kami sangat bersyukur kerana pihak produksi amat memahami situasinya.

“Mereka mengatur kembali jadual untuk Zara dan membenarkan dia berehat sehingga kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala,” jelas pengurus pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, Zara kini kian pulih dan telah dibenarkan untuk pulang dari hospital berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori