Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPR Manfaat Platform Digital...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang giat mempromosikan platform digital sebagai medan...

Malaysia Hampiri Slot Piala...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir pertandingan Separuh Akhir Liga...

Catatan Perjalanan Media Malaysia...

TANPA sebarang publisiti secara besar-besaran, sekumpulan sukarelawan Malaysia kelmarin berjaya memasuki Baitul Maqdis...

Ancaman Daesh Secara ‘Lone...

KUALA LUMPUR - Ancaman Daesh secara bersendirian atau dikenali sebagai 'lone wolf' lebih...

Baitulmaqdis Ibu Kota Israel, Iktiraf Palestin Merdeka

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara rasmi mengumumkan kuasa besar dunia itu kini mula mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu.

Namun, pengumuman dari Bilik Resepsi Diplomatik di White House di sini kira-kira jam 1 tengah hari Rabu (2 pagi Khamis waktu Malaysia) turut mengiktiraf Palestin menjadi negara merdeka yang berdaulat sebagai jiran Israel.

Berita bersejarah itu disambut baik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada sidang media khas di ibu pejabat badan dunia itu di New York dekat sini sejurus pengumuman Trump tersebut.

Ini kerana secara teknikal, ia mengiktiraf pelan damai Israel-Palestin menerusi pendekatan Two-State Solution (Penyelesaian Dua Negara) disokong PBB dan AS berdasarkan peta diwartakan sebelum Perang Arab-Israel 1967.

Trump ketika berucap mengumumkan perkara itu menggambarkan langkah tersebut sebagai “usaha yang telah lama ditangguh” beberapa kali demi menjayakan proses keamanan rantau Timur Tengah yang bergolak sejak 70 tahun.

Presiden itu malahan menegaskan bahawa AS sentiasa akan menyokong ‘Penyelesaian Dua Negara’ dan berusaha bagi membolehkan kewujudan Palestin sebagai wilayah berdaulat akhirnya diperakui oleh pihak rejim Israel sendiri.

Mengulas lebih lanjut, Trump berkata beliau telah “mengambil pertimbangan serius kesan daripada tindakan itu menjadi jalan terbaik buat kepentingan AS dan pada masa sama merealisasikan perdamaian antara Israel-Palestin.”

Justeru Trump mengarahkan Jabatan Negara segera memulakan rancangan persiapan untuk pemindahan bangunan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis susulan pengiktirafan kota purba tersebut sebagai ibu negara Israel.


Untuk rekod, Kongres AS lebih 20 tahun lalu sudah meluluskan secara sebulat suara penggubalan akta baharu bagi pindah canseri diplomatik negara itu di Israel, tetapi beberapa presiden terpaksa menangguhkan pelaksanaannya.

Ini termasuk Bill Clinton, George Bush dan Barack Obama yang bimbang usaha pemindahan pejabat perwakilan AS ke Baitulmaqdis selaras pengiktirafan ibu kota baharu itu akan cetus ketegangan teruk antara Israel dan Palestin.

“Selepas lebih dua dekad ditunda, mereka gagal capai perjanjian damai antara Israel dan Palestin… Tetapi hari ini saya akan menjayakannya,” kata Trump yang juga merujuk kepada janji beliau ketika kempen presiden tahun lalu.

Sebelum menandatangani dokumen pewartaan akta itu, Trump menutup ucapannya dengan berdoa “semoga Tuhan merahmati bukan sahaja AS, bahkan merestui perdamaian kekal Israel dan Palestin.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Ucapan penuh Trump…

Kategori