Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jabatan Mufti Perlis Anjur...

KANGAR - Jabatan Mufti negeri Perlis membuka tawaran kepada mereka yang berminat menjadi...

Sultan Johor Rasmi Karnival...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

4 Mini KUD Catat...

KOTA KINABALU - Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) mencapai objektif penganjurannya apabila...

Putik Kapas, Straw Plastik...

PUTIK kapas, alat mengacau bahan dan straw plastik akan dilarang di England susulan...

Bajet Besar Tapi Dana Dari Mana? Doraemon!

ANEH… Bagi yang jenis teliti, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam memang banyak isu pelik dan cetus soalan cepumas!

Paling ketara ialah penggunaan semula istilah Belanjawan bagi ganti perkataan Bajet yang amat sinonim setiap kali pembentangan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah jadi menteri kewangan sejak 2008.

Lucunya, jika diimbas sejarah, ia mula diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau sendiri bentang di Dewan Rakyat pada 2001 meskipun teruk dikutuk aktivis bahasa Melayu serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau yang ketika itu menteri kewangan berdalih dengan beri alasan bodoh iaitu perkataan belanjawan konon lebih bermaksud hanya belanja tetapi tidak tahu dari mana datang sumber pendapatan untuk dibelanjakan kemudiannya.

Ironi, istilah bajet akhirnya diterima sebagai antara 49,000 perkataan rasmi diserap bahasa Melayu dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pada 2005 lalu yang turut diberi erti mengawal dan menganggarkan sesuatu secara berhati-hati.

Namun kelakarnya, Guan Eng berjaya ‘sindir’ Mahathir apabila tidak guna perkataan Bajet dan kembali popularkan istilah Belanjawan yang dimansuhkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kerana tidak tepat dari sudut ekonomi.

Lebih aneh, Setiausaha Agung DAP itu ketika pembentangan rang tersebut yang dirujuk sebagai Belanjawan 2019;  mengesahkan apa dibimbangi Mahathir iaitu hanya pandai belanja sahaja tetapi tiada diketahui sumber dananya.

Bayangkanlah, sepanjang dua jam berdiri, Guan Eng langsung tidak sebut dari mana datang pendapatan kerajaan persekutuan, namun bangga bercakap kononnya akan berbelanja sebanyak RM314.5 bilion sepanjang tahun depan.

Jumlah itu pula lebih tinggi berbanding Bajet 2018 dibentangkan Najib tahun lalu sekadar RM290.4 bilion. Bezanya mantan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sebut dengan jelas sumber duit kerajaan pusat.

Guan Eng pula hanya kata PH bakal ‘ambil’ rizab syarikat minyak negara, Petronas sekitar RM30 bilion selain jual segala aset strategik agensi kerajaan termasuk milik Khazanah Nasional Berhad. Begitulah mudahnya dapat dana!

Paling dahsyat, setelah ‘kantoi’ apabila sedar isu itu bakal cetus kontroversi, Mahathir pada sidang media selepas pembentangan itu mendakwa akan terima pinjaman Bon Samurai ¥200 bilion (RM7.4 bilion) dari kerajaan Jepun.

Kononnya dana mewah tersebut boleh diguna untuk bayar hutang kerajaan terdahulu walhal semua maklum, ketika beliau bertemu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 12 Jun lalu, isu bon jelas merujuk hutang zaman Mahathir.

Jepun ternyata kecewa dengan kegagalan projek kereta nasional Proton yang dapat bon negara itu pada awal 1980-an tetapi hutang berkenaan terpaksa diwarisi penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudiannya Najib.

Justeru, demi meredakan kemarahan Abe, Mahathir cadang projek kereta nasional ketiga dengan berdalih Proton konon kini bukan lagi kereta nasional, namun terlupa sebut, ia jadi begitu pun kerana dibeli oleh kroninya sendiri.

Hakikatnya, Guan Eng gagal kemuka cara terbaik untuk kerajaan PH dapat jana sumber pendapatan dan ambil jalan mudah dengan hanya menyalahkan pentadbiran BN dahulu kononnya bebas banyak berbelanja besar tanpa ada had.

Pada masa sama, Guan Eng tidak berani kata Belanjawan 2019 sebenarnya bajet defisit cecah 3.7 peratus iaitu jauh lebih tinggi daripada kadar sebelumnya iaitu hanya 2.8 peratus; rekod paling baik dalam sejarah Malaysia sendiri.

Ada juga netizen anti-PH dalam nada sindiran mendakwa Guan Eng mungkin terpaksa mohon dapat dana daripada Doraemon, watak animasi terkenal Jepun dan kebetulan memang ada poket ajaib bagi bantu rakannya yang susah.


Apatah lagi, jutaan rakyat Malaysia yang saksi Guan Eng menerusi siaran televisyen dan radio semalam jelas dapat dengar beliau diejek oleh ahli-ahli parlimen BN sebagai Nobita, watak budak lelaki kawan rapat Doraemon sendiri.

Bagi tutup aib ini, beliau terpaksa beri ‘gula-gula’ kepada rakyat termasuk teruskan BR1M yang dijenamakan sebagai BSH selain bonus RM500 untuk penjawat awam gred 54 ke bawah. Fikir-fikirkanlah kenapa ye! – Mynewshub.TV

Ulasan mantan Menteri Kewangan mengenai Belanjawan 2019:

Ini belanjawan rakyat atau apa sebenarnya?

Ekonomi BN: Pertumbuhan lebih 5%
Ekonomi PH: Pertumbuhan bawah 5%

Defisit fiskal BN: 2.8%
Defisit fiskal PH: 3.7%

Dividen Petronas: BN hanya perlu RM16-19b
Dividen Petronas: PH perlu RM30b

PTPTN BN: Diskaun, tangguh bayaran
PTPTN PH: Tiada diskaun, potong gaji terus

Cukai BN: Hanya GST, cukai pendapatan turun
Cukai PH: SST, banyak cukai baru

Tol BN: Mansuh beberapa tol untuk semua kelas kenderaan
Tol PH: Mansuh 2 tol terpilih untuk motosikal sahaja

BR1M BN: RM1,200 (2017), RM2,000 (jika BN memimpin)
BR1M PH: RM1,000 (2019)

Penjawat awam BN: Bonus RM1500, kenaikan gaji khas
Penjawat awam PH: RM500 aje

Oh. Tidak lupa, harga minyak akan naik. Ini bukan belanjawan rakyat sejahtera. Ini belanjawan rakyat sengsara!

Kategori