BAGAIKAN sudah menjadi ‘trend’ sejak kebelakangan ini apabila ramai ahli perniagaan popular turut mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan single.
Selain Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, seorang lagi ahli perniagaan yang pernah dilanda kontroversi besar skandal hartanah pada tahun lalu, Dato’ Dr. Boy Iman turut berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.
Malah kami difahamkan beliau bakal melancarkan single berjudul, Malas Nak Layan tidak lama lagi. Kebetulan tajuk lagu itu seolah-olah bercerita mengenai kisah dirinya ekoran terpalit pelbagai isu jenayah komersial pula!
Boy Iman menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya berkata, beliau mengakui tidak sabar menunggu pelancaran single itu yang mana dituju khas buat haters dan juga peminat yang menyokong dirinya selama ini.
Katanya atau nama penuh Datuk Noruliman A.Rahman, single yang kini sudah selesai menjalani penggambaran video itu, mendapat sentuhan kreatif sepenuhnya daripada komposer terkenal, Edry Abdul Halim KRU.
“Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya “musibah” pada diri saya.
“Untuk semua yang support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky.
“Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd. #dbientertainment #dbientertainmentsdnbhd #dbi #datoboyiman #datodrboyiman,” tulis Boy Iman sambil mempromosikan single tersebut.
Terdahulu, Vida pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan penampilan single berjudul I Am Me yang menjadi trending selain menerima respons baik daripada ramai netizen.
Kemudian, Aliff dan rakan duetnya, Nur Sajat pula mula mengikut jejak langkah dengan penghasilan single, Abang Nak tegur namun banyak menerima jumlah dislikes berbanding jumlah likes.
Ewah, ewah… Dahulu Boy Iman pernah menjadi pelakon sebelum terjun dalam bidang bisnes. Nampaknya semakin meriah industri hiburan kita diwarnai dengan lagu-lagu usahawan berjaya Malaysia!
Mesti ramai yang dah tak sabar tunggu single Boy Iman ni kan? Huhu… – MYNEWSHUB.CC/AM