Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

Barang Rampasan Op Dadu...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju hari ini melupuskan...

Syatilla Melvin Keguguran Selepas...

KUALA LUMPUR - Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua tidak...

2 Ditahan Bantu Siasatan...

Georgetown : Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kematian lelaki warga Indonesia...

Melaka United Tak Pernah...

MELAKA – Melaka United, yang kini berada zon penyingkiran Liga Super, tidak pernah menunding jari kepada bekas ketua jurulatih Eric...

Banjir Di Johor Makin Serius

JOHOR BAHRU – Hujan sejak tiga hari lalu mengakibatkan sembilan daripada 10 daerah di Johor dilanda banjir dan bilangan mangsa terus meningkat seramai 9,151 orang.

Mengikut Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, sebanyak 93 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Muar dibuka setakat jam 8 pagi tadi.

Daerah Kluang mencatatkan PPS terbanyak iaitu 28 diikuti Segamat (23), Kota Tinggi (18), Mersing (10), Johor Bahru (lima), Pontian (tiga), Batu Pahat (tiga), Kulai (dua) dan satu PPS di Muar.

Tiga laluan di Kota Tinggi pula dilaporkan masih terputus hubungan melibatkan Jalan Pasir Logok – Ladang Bukit Kelompok, Ladang Bukit Payung (Tenggaroh) dekat Kampung Tunjuk Laut dan Jalan Kampung Mawai Lama.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih mengekalkan amaran cuaca bahaya (merah) bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi pada hari ini, manakala cuaca buruk (jingga) bagi daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian, manakala amaran cuaca waspada (kuning) bagi Tangkak. – Sinar Harian

Kategori