PUTRAJAYA – Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.
“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berhubung bayaran selanjutnya, Guan Eng berkata, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: [email protected]. – BERNAMA