Friday, December 27, 2024

Creating liberating content

Rumah Kelahiran Mahathir Cetus...

ALOR SETAR - Tular diperkatakan mengenai perkataan Kutty atau Kerala yang dikaitkan kepada...

Bukan Mahu Menentang Kaum,...

KUALA LUMPUR - Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menegaskan persidangan...

Muhyiddin Masih Sedia Kerjasama...

HAMPIR 24 jam selepas digugurkan daripada barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Perhilitan Pantau Gajah Di...

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menugaskan...

Banyak Tangki Simpanan Air Kosong Di Selangor

SHAH ALAM – Tangki simpanan air yang kosong di sesetengah kawasan perumahan sekitar Selangor adalah antara penyebab gangguan bekalan air kerap di negeri itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Beliau berkata ​​​​tangki itu kosong berikutan bekalan air bersih terawat tidak mencukupi untuk diagihkan kepada rakyat Selangor.

“Tangki air yang besar tidak ada air sebab margin (air terawat) tidak banyak dan dilakukan pintasan (terus ke rumah),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 di Management & Science University (MSU), di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai jumlah tangki air kosong di sekitar kawasan perumahan di Selangor.

“Tanya kerajaan negeri berapa banyak tangki yang kosong,” katanya sambil menambah masalah tangki kosong turut berlaku di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan.


Zaini menegaskan faktor cuaca bukan menjadi masalah utama krisis air sebaliknya ia berpunca daripada masalah pengurusan sistem perkhidmatan air. – BERNAMA

Kategori