Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

MCMC Turun Padang Tangani...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus mempertingkatkan usaha menangani...

Jenama Under Armour Bermula...

RASNYA jenama Under Armour mungkin agak kurang dikenali di Malaysia tetapi syarikat gergasi...

Petronas Kurang Pengeluaran Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd. Ghani berkata rancangan Petroliam...

Video: Leka Bermain Telefon,...

PETALING JAYA - Kelekaan seorang remaja wanita yang terlalu 'khusyuk' menggunakan telefon bimbit...

Barisan Nasional Pilihan Terbaik Kemudi Malaysia

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi tempoh kempen yang singkat serta agak sengit, sebanyak 14,940,624 juta rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya umum esok yang disifatkan paling mencabar dalam sejarah Malaysia.

Para pengundi perlu membuat pilihan paling tepat dengan memilih kerajaan yang berkemampuan untuk terus menyumbang ke arah pertumbuhan negara serta menyediakan peluang terbaik untuk kalangan rakyat.

Di sebalik keriuhan kempen-kempen pembangkang yang mengundang kehadiran ramai, ini ternyata bukanlah paparan sebenar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana hakikatnya rakyat boleh menilai sendiri rekod prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Run Razak.

Sepertimana diakui oleh Profesor Kriengsak Chareonwongsak yang juga Dekan Akademik Pusat Thailand, Program EMFSS London School of Economics and Political Science (LSE), University of London: “Malaysia kini berada di persimpangan amat penting selepas mengharungi satu tempoh sukar yang tidak pernah saya saksikan dalam sejarah.

“Anda mempunyai kerajaan satu parti yang berkuasa sejak sekian lamanya serta kelangsungan dan kestabilan selain barisan perdana menteri yang silih berganti daripada Umno dengan kesemua (peralihan) itu kelihatan sebegitu lancar.

“Anda juga telah membangunkan sebuah negara sebegitu baik sejak beberapa tahun lepas yang semakin pesat berkembang,” katanya dalam temu bual dengan Bernama News Channel (BNC) di sini, baru-baru ini.

Prof. Kriengsak yang juga Felo Kanan Harvard University, berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan BN ditentang oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang memimpin barisan pembangkang Pakatan Harapan.

Ketika berkongsi pandangannya mengenai Dr. Mahathir, beliau berkata: “Dr. Mahathir adalah seorang individu yang bersemangat, menerusi pengamatan peribadi saya terhadapnya serta kesempatan menemuinya sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. Namun bagi saya, usia memberi kesan, tiada kiralah siapa pun anda.”

Sambil menyifatkan senario yang ditempuhi Malaysia ketika ini sebagai amat menarik, beliau berkata: “Selepas keputusan pilihan raya (diumumkan), kita bakal menyaksikan bagaimanakah keadaan Malaysia selepas cabaran ini.”

Menyentuh Najib, Prof. Kriengsak berkata: “Najib merupakan individu yang berkaliber dan sememangnya telah dibentuk dengan sebegitu baik untuk menyandang kedudukan ini. Oleh itu, sudah pasti pertembungan (dalam pilihan raya) ini amat menarik.”

Beliau berkata, selain aspek keperibadian, parti dan situasi negara sebagai faktor penentu kemenangan, tidak kurang pentingnya adalah isu yang menjadi kebimbangan rakyat.

“Jika Datuk Seri Najib yang memimpin Malaysia sehingga ke saat ini dengan seluruh Malaysia dan UMNO masih kukuh di belakangnya, maka saya harus memberinya pujian. Ini kerana beliau pasti telah melakukan sesuatu yang tepat bagi pengikutnya yang membolehkan beliau terus mengemudi Malaysia serta parti.

“Malah, ini memberinya kelebihan iaitu dengan menyedari bahawa beliau merupakan calon terbaik untuk parti,” katanya.


Dalam pada itu, Prof. Kriengsak turut mengingatkan pengundi mengenai kepentingan aspek kestabilan.

“Kestabilan ini amat penting baik dari sudut ekonomi mahu pun politik di mana-mana sekali pun. Jika anda mempunyai latar belakang politik yang stabil, ini merupakan ciri kondusif bagi pertumbuhan ekonomi.

“Sebaliknya, jika tiada kestabilan politik, kalangan pelabur akan berasakan yang mungkin mereka mengambil risiko besar. Oleh itu, kestabilan adalah penting.

“Selagi aspek kestabilan ekonomi diutamakan, bermakna anda berjaya mengendalikannya dengan baik secara teknikal. Anda tidak berdepan masalah inflasi yang ketara, angka ekonomi anda kukuh serta memiliki kestabilan politik yang diidamkan semua orang,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kemasukan pelaburan China ke Malaysia yang turut menjadi antara isu dimainkan oleh pembangkang, termasuk tuduhan bahawa Najib dan kerajaan pimpinan BN menjual negara ini kepada China, beliau berkata:

“Ini merupakan reaksi biasa terhadap kesan perkembangan pengaruh China yang juga ekonomi kedua terbesar dunia. Malah ia sedang berkembang dan bakal muncul ekonomi terbesar tidak lama lagi.”

Menurutnya, jika ada negara yang kehilangan pelaburan China, mereka pasti akan berasakan impaknya.

“Sehubungan itu, mana-mana negara pun sepatutnya menyambut baik pelaburan antarabangsa asalkan ia membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Override Labs yang berpejabat di Amerika Syarikat, Jamiel Sheikh pula menyifatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing yang menarik.

“Malaysia terus menjadi persekitaran pelaburan yang menarik. Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar yang meningkat selain kadar faedahnya, merupakan bukti kepada perancangan ekonomi serta dasar monetari yang mantap,” katanya. – BERNAMA

Kategori