PELAKON dan penerbit popular, Dato’ Hans Isaac baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan majis perkahwiannya bersama dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Gabrielle Robinson, awal pagi tadi.
Sebelum ini, Hans pernah mengumumkan mengenai penangguhan majlis kahwin mereka yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai lalu ke tarikh yang lain, iaitu pada 29 Februari tahun hadapan.
Baca: Hans Isaac, Gabriella Robinson Nafi Putus Tunang
Juga: Hans Tangguh Majlis Kahwin Dengan Ratu Cantik
Namun kini, pelakon berusia 46 tahun itu telah mengambil keputusan untuk membatalkan terus majlis tersebut! Aiseh…Apa cerita ni?
“Salam sejahtera diucapkan kepada semua teman-teman seperjuangan dan rakan-rakan media.
“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan,” tulis Hans yang ditujukan kepada semua media tempatan.
Kenyataan yang disertakan itu telah diberikan oleh Pengurus Perhubungan Awam (PR) Hans sendiri, iaitu Sue Hussin.
Tambah Hans lagi, dia telah berfikir panjang bagi membuat keputusannya untuk membatalkan perkahwinan itu.
Bagaimanapun, penerbit kelahiran negeri Johor itu turut memohon maaf kepada semua rakan dan ahli keluarganya yang sering menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” katanya lagi.
Pada Jun yang lalu, mereka terpaksa menangguh majlis perkahwinan kerana keluarga Gabrielle mempunyai urusan yang lain. Tapi sekarang, hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.
Pelakon kacukan Filipina dan Spain itu turut memuat naik satu gambar dia Instagram miliknya seolah-olah memberi hint mengenai apa yang sedang berlaku kini.
Sekali lagi netizen membuat andaian kononnya model berkaki panjang itu telah curang buat kali kedua.
Kedua-dua pasangan itu juga telah pun unfollow sesama sendiri di akaun Instagram mereka.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini. Kita sebagai orang luar, jangan asyik nak buat andaian yang bukan bukan sahaja. Mana tahu barangkali ada masalah lain sebenarnya kan.
Memandangkan mereka masing-masing mempunyai kerjaya sendiri, mungkin faktor kesibukan itu sendiri yang menjadi penghalang. Doa yang baik-baik sahaja okay. – MYNEWSHUB.CC/AH